suria

Baju terkena sambal? Jangan terkejut... sental dengan hand sanitizer pasti hilang

Kotoran pada baju boleh dihilangkan dengan menggunakan hand sanitizer.

PENCUCI tangan atau hand sanitizer merupakan salah satu produk pembersih dan pembasmi kuman yang sangat penting ketika pandemik.

Produk ini mampu membersihkan kuman dan virus yang menempel pada tangan terutamanya ketika berada di luar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlukah basuh dulu cadar yang baru dibeli atau boleh terus guna?

Akan tetapi, tahukah anda, hand sanitizer juga dapat menghilangkan kotoran pada pakaian? Berikut adalah penjelasan mengenai perkara ini dan cara melakukannya.

60e1480a423aa

1. Jenis kotoran apa yang dapat dibersihkan menggunakan pencuci tangan?

Memandangkan bahan utama sebahagian besar daripada hand sanitizer adalah alkohol, ia mampu membersihkan apa juga kotoran yang melekat pada pakaian anda.

Namun perlu diketahui, ia akan lebih efektif sekiranya ia dilakukan dalam kadar segera apabila kotoran berlaku seperti tertumpah makanan pada pakaian.

2. Jenis fabrik dapat bersihkan kotoran dengan pencuci tangan?

Pencuci tangan dapat melakukan tugasnya dengan baik pada beberapa jenis fabrik tetapi tidak pada rayon, wol, sutera dan baldu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebaliknya ia dapat digunakan pada baju T, karpet dan kulit. Namun pastikan berhati-hati menggunakan pada fabrik tertentu kerana bimbang ia akan merosakkan pakaian anda.

photo-1583947582886-f40ec95dd752

3. Jenama hand sanitizer mana yang sesuai?

Hand sanitizer dalam bentuk cecair atau gel sesuai digunakan untuk membersihkan kotoran yang melekat pada pakaian. Tetapi, sebolehnya jangan gunakan jenis yang mempunyai aroma kuat atau dicampur pewarna tambahan kerana bimbang ia akan melekat pada pakaian anda.

4. Cara menghilangkan kotoran guna pencuci tangan?

Anda hanya perlu menyapu sedikit pencuci tangan pada bahagian terkena kotoran dan biarkan ia selama lima ke 10 minit.

Gosok bahagian tersebut menggunakan kain atau berus gigi sehingga kotoran mula tertanggal. Cuci seperti biasa menggunakan mesin basuh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain