suria

Sempurna untuk pelajar masa kini, ada 8 sebab kenapa anda wajib beli HONOR MagicBook X15

HONOR MagicBook X15 yang dijual dengan harga bermula RM2,299 ini pastinya cukup sesuai dan sempurna untuk kegunaan anda.

WABAK Covid-19 yang merebak lebih setahun lalu memaksa banyak aktiviti yang dilakukan secara bersemuka kini diubah kepada pertemuan maya sahaja.

Ia sekali gus membuatkan peranti teknologi seperti telefon pintar dan komputer riba menjadi keperluan penting pada masa kini.

Bagi golongan pelajar, komputer riba jenama HONOR MagicBook X15 yang dijual dengan harga bermula RM2,299 pastinya pilihan sesuai dan sempurna untuk kegunaan anda, khususnya bagi tujuan pembelajaran dalam talian.

Ada lapan sebab kenapa komputer riba yang dilancarkan pada 19 Jun lalu ini sangat sesuai untuk anda.

1. Harga lebih berbaloi

HONOR MagicBook X15 ditawarkan pada harga RM2,299 bagi pemproses Intel Core Generasi ke-10 i3 dan RM2,899 untuk Intel Core Generasi ke-10 i5. Harga ini sememangnya berbaloi bagi pelajar dan ibu bapa yang mempunyai bajet terhad kerana prestasinya cekap, sesuai untuk pembelajaran dan kelas dalam talian.

2. Skrin yang melindungi mata

Skrin HONOR MagicBook X15 boleh melindungi mata dari sinaran cahaya biru dan tidak berkelip. Skrinnya mendapat pengiktirafan persijilan TUV Rheinland Keselesaan Mata dan TUV Rheinland Paparan Bebas Berkelip. Ciri ini mengelak mata berasa penat dan sesuai untuk pelajar yang duduk di depan skrin untuk tempoh lama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan nisbah skrin 87 peratus yang memberi kesan paparan gambar berkualiti tinggi dengan warna terang.



HONOR MagicBook X 15 turut dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 yang meningkatkan kadar penyiaran sehingga 50 peratus berbanding memori saluran tunggal.

3. Ringan dan tahan lasak

Ia bersifat nipis, ringan dan tahan lasak. Dengan saiz 15.6 inci, beratnya cukup ringan iaitu hanya 1.56kg dengan ketebalan 16.9mm sahaja. Ini kerana HONOR MagicBook X 15 dihasilkan daripada logam aluminium yang nipis dan ringan.

4. Pengecasan pantas

Pengecas 65W dengan kabel USB-C mampu mencapai 53 peratus bateri dari 1 peratus dalam tempoh 30 minit sahaja! Malah baterinya yang bersaiz 42Wh membolehkan tontonan video sehingga 7.86 jam dengan kualiti video tempatan 1080 piksel atau 7.3 jam melayari laman web dengan sekali cas penuh.

5. Pantas dengan Intel Core Generasi ke-10

Selain dipadankan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-10, HONOR MagicBook X 15 turut dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 yang meningkatkan kadar penyiaran sehingga 50 peratus berbanding memori saluran tunggal.

6. Rekaan bergaya

HONOR MagicBook X 15 menawarkan reka bentuk minimalis.



Ia mampu mencapai 53 peratus bateri dari 1 peratus dalam tempoh 30 minit sahaja!

Warna kelabu gelap atau Space Gray yang dikemaskan pada permukaan HONOR MagicBook X 15 ini tampak elegan. Ditambah lagi dengan bezel nipis berukuran 5.3mm pada skrin 15.6 inci menjadikannya kelihatan sangat premium dan bergaya.

7. Privasi dengan kamera tersembunyi

HONOR turut menjaga privasi pengguna dengan memuatkan kamera web yang disembunyi dalam papan kekunci. Ia boleh dibuka secara pop timbul manual dan cuma perlu menekan kekunci dengan ikon kamera bagi membuka aplikasi kamera. Jadi, tak perlu risau ada pihak ketiga mengintip di sebalik skrin atau kamera web terpasang tanpa disedari ketika melayari internet.

Pengguna boleh mengakses komputer riba dengan hanya menggunakan imbasan cap jari. Lebih menarik, hanya perlu tunggu 8 saat sahaja untuk menghidupkan komputer riba dan log masuk ke desktop. Sangat mudah dan menjimatkan masa kan?

8. Teknologi inovasi

Ia turut menawarkan fungsi kolaborasi “Multi-Screen” untuk mewujudkan interaksi sistem-silang masa nyata dengan telefon pintar. Pengguna boleh memindahkan dokumen dan gambar dari telefon pintar ke komputer riba dan juga sebaliknya, serta berinteraksi.

Komputer riba ini juga hadir dengan memori dwi-saluran berkelajuan tinggi. Pengguna tidak perlu risau komputer riba menjadi panas selepas beberapa jam digunakan kerana sistem penyejukan berkuasa besar HONOR MagicBook X 15 dapat mengekalkan suhu.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk HONOR, sila layari laman web berikut:

Shopee HONOR Official Store: https://bit.ly/ShopeeMagicBookX15

HONOR Malaysia Facebook:https://www.facebook.com/HonorMY

HONOR Malaysia laman Web: https://www.hihonor.com/my/find-store/

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain