suria

Tip ambil gambar alam semulajadi, landskap memukau pandangan! Siapa tahu anda bakal menang peraduan fotografi OPPO

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk merakam gambar yang cantik.

JURUGAMBAR National Geographic, Joel Sartore pernah memberitahu bahawa sepanjang hidupnya dia mahu menyelamatkan spesies terancam.

Atas sebab itu, Joel menggunakan kemahirannya sebagai jurugambar untuk merakam gambar-gambar spesies dan habitat yang terancam.

Foto yang diambil bukan sekadar gambar tetapi ia turut datang bersama sebuah kisah dan mampu memberikan inspirasi kepada masyarakat termasuk golongan muda untuk lebih peka terhadap menjaga bumi dan kehidupan di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa anda nak kekalkan hingga tahun 2121? Rakam gambar, kongsi di Instagram untuk menang hadiah menarik dari OPPO

Dengan kecanggihan teknologi, setiap apa yang dilakukan pasti kita ingin rakamkan sama ada dalam bentuk gambar atau video bukan, sahaja untuk dimuat naik ke media sosial tetapi sebagai kenangan pada masa hadapan.

Apatah lagi pandemik yang berlaku ketika ini, ramai daripada kita yang berasa terasing daripada dunia luar termasuk tidak dapat bertemu secara bersemuka dengan orang tersayang.

Jika diambil dengan teknik yang betul, gambar dapat menceritakan seribu satu kisah.

Alam semulajadi semakin menjauh dan gambar serta teknologi yang hebat dapat merakam intinya terutama dari segi keindahan warnanya.

Menyedari situasi ini, pengeluar telefon bimbit OPPO ingin mengajak anda merakam gambar apa sahaja yang ingin anda kekalkan sehingga tahun 2121. Bak pepatah, sekeping gambar menyimpan 1001 kisah di sebaliknya.

Terbuka kepada pengguna OPPO dan pengguna bukan-OPPO, peraduan 'OPPO 2121 Malaysia Future Photography' menjemput anda untuk merakam satu perkara di Malaysia yang anda mahu kekalkan sehingga tahun 2121.

Anda bebas merakam apa saja - sama ada lokasi kegemaran, makanan, tumbuh tumbuhan atau individu kegemaran.

Bermula 25 Mei hingga 25 Jun 2021, peserta boleh memilih untuk merakamkan gambar subjek berdasarkan tiga kategori iaitu alam semulajadi, bandar atau landskap dan kemanusiaan (potret dan budaya).

Komposisi yang betul dapat memberikan hasil gambar yang mengagumkan.

Setelah berpuas hati dengan gambar masing-masing, anda boleh memuat naik karya ke Instagram bersama tanda pagar #DearFuture2121 #MalaysiaFuture2121.

Jika gambar dirakam menggunakan telefon pintar OPPO, anda juga boleh menyertakan tanda pagar #ShotonOPPO.

Pemenang mingguan akan dipilih dan berpeluang memenangi OPPO Enco Buds dan disenarai pendek untuk hadiah utama di pusingan akhir yang mana mereka berpeluang memenangi hadiah yang menarik!

Tapi bagaimana anda boleh merakamkan foto alam dan memastikan keindahannya kekal? Jangan bimbang, berikut adalah beberapa tip yang boleh anda ikuti.

1. Merakam butiran/mendekati (Mikroskop)

Merakamkan perincian bunga, daun, serangga dan pelbagai benda semula jadi yang lain adalah cara terbaik untuk menunjukkan ciri-ciri alam semula jadi yang luar biasa.

Tahukah anda, Microlens FindX3 Pro dapat memperbesarkan objek sehingga 60 kali, merakam butiran yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar dan menemui dunia mikro baharu yang belum pernah lihat sebelumnya.

Pencahayaan memainkan peranan penting ketika menangkap gambar.

2. Pencahayaan/Menangkap gambar dalam cahaya yang baik

Sebahagian besar sesi fotografi alam dilakukan di luar dengan cahaya semula jadi. Jenis pencahayaan yang anda rakam adalah salah satu perkara penting untuk dipertimbangkan.

Jenis cahaya yang tepat dapat menjadikan foto yang diambil lebih menjanjikan dan menawan.

Apabila matahari berada di paras rendah langit, ia dapat membuatkan pemandangan menjadi luar biasa terutamanya jika anda dapat menangkap sinar cahaya melalui celahan pohon dan kabut. Cahaya keemasan dapat menonjolkan subjek yang dirakam.

Foto memerlukan pendedahan terbaik agar hasilnya gambar yang cantik.

3. Pendedahan terbaik (AI Highlight Video)

Foto yang baik memerlukan jumlah pendedahan yang tepat - walaupun anda boleh mengawal pendedahan berlebihan namun adakalanya ia bukan masalah kemahiran tetapi juga disebabkan teknologi yang canggih.

Sekiranya anda menggunakan lensa kamera telefon pinar biasa untuk mengambil gambar, tekan layar untuk mendapatkan fokus, kemudian tekan skrin ke atas atau ke bawah untuk menyesuaikan paparan.

Pastikan tiada kawasan terang dalam gambar terutamanya ketika mengambil foto langkit. Pendedahan cahaya yang buruk akan merosakkan imej yang dirakam dan sukar memperbaikinya ketika suntingan.

Namun, jika anda bukan orang baharu dalam kerja-kerja menyesuaikan paparan, ciri AI Highlight Video dari OPPO FindX3 Pro berfungsi mengalihkan secara automatik antara Ultra-Night Video dan Live HDR, menyesuaikan keadaan cahaya dalam suasana sebenar.

Tidak hanya itu ia membolehkan anda merakamkan video tanpa perlu bimbang tentang paparan berlebihan selain adegan lampu latar dan keadaan cahaya yang lebih baik.

Indah... Langit sebagai latar belakang menjadikan gambar lebih 'hidup'.

4. Gunakan langit sebagai latar belakang (Ultra-wide angle)

Bagaimana caranya menjadikan subjek utama gambar anda menonjol ketika menangkap objek kecil yang dekat dengan tanah dan latar belakangnya sering mengganggu dan gelap?

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mudah, baring di atas tanah atau menangkap gambar dari sudut rendah patut dicuba. Penting keindahan langit dan subjek tidak terganggu semasa menangkap dari sudut lebar.

Tapi dengan kamera sudut ultara-wide 50MP FindX3 Pro, lensa permukaannya berbentuk bebas dan lebih kompleks pada reka bentuknya membolehkan lebih banyak fleksibiliti sementara arah cahaya dapat dikendalikan dengan cara yang betul.

Ia sekaligus menghasilkan kamera sudut ultra lebar terbaik yang pernah mempunyai sifar gegaran, warna luar biasa dan suhu yang tepat.

Suntingan memberi tambah nilai kepada foto yang dirakam.

5. Suntingan yang tepat (AI Palette)

Apabila proses menangkap gambar selesai, suntingan foto turut memainkan peranan dan ia memerlukan kemahiran untuk mengelakkan suntingan dilakukan secara berlebihan.

Dengan Palet AI FindX3 Pro, gambar anda akan berubah menjadi penapis foto yang hebat tanpa perlu menggunakan aplikasi suntingan yang lain.

Palet AI dapat membuatkan penapis warna yang unik dan sempurna dalam menjadikan gambar berkualiti dengan hanya beberapa langkah.

Komposisi yang betul dapat menjadikan gambar lebih menarik.

6. Komposisi sangat penting!

Foto yang hebat selalunya dapat menceritakan sebuah kisah di sebaliknya. Landskap, haiwan atau lautan yang indah semuanya memerlukan komposisi yang hebat dan tarikan luar biasa bagi menarik perhatian terhadap subjek utama sesuatu gambar.

Jika anda benar-benar mahu pemandangan itu bercerita atau menyampaikan kisah di sebaliknya, anda mesti berfikir cara untuk menyusun elemen gambar anda.

Cuba gunakan ruang kosong, dahan pokok di latar depan atau objek untuk menekankan subjek gambar anda.



OPPO menawarkan hadiah menarik dan lumayan menerusi pertandingan terbaharu anjuran mereka.

Pelbagai teknik mengambil gambar menggunakan ciri-ciri terbaharu OPPO FindX3 Pro itu bukan sahaja memudahkan proses merakamkan momen indah semula jadi tetapi memberikan hasil yang cukup mengagumkan.

Tetapi kecanggihannya tidak terhenti setakat itu kerana FindX3 Pro turut didatangkan dengan pelbagai ciri dan fungsi yang memberikan pengalaman luar biasa ketika menggunakannya. Apa sahaja ciri dankelebihannya yang lain?

1. Bateri

* Ia dilengkap dengan pengecas tanpa wayar AirWOOC 30W ditambah dengan pengecas flash berwayar SuperVOOC 2.0 65W.

* Pengisisan tanpa wayar AirWOOC 30W menawarkan lebih banyak fleksibiliti yang dapat mengecas sepenuhnya FindX3 Pro sehingga 100 peratus hanya dalam 80 minit.

* Pengecasan Tanpa Wayar Terbalik 10W, bukan sahaja menjana kuasa dengan sendirinya tetapi juga teknologi lain dengannya.

2. Snapdragon888

* Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 888 unggulan baharu Qualcomms, FindX3 Pro mampu bertahan terhadapa pelbagai jenis permainan.

* Ruang wap ultra tipis 0.35mm yang melintasi kawasan motherboard dan bateri, memastikan penggunaan tenaga dapat dijimatkan selain menggalakkan pelesapan haba.

* Terima kasih kepada chipset Qualcomm snapdragon 888, FindX3 Pro turut menyokong sambungan 5G.

3. Sistem AI

* Membantu pengguna merakamkan gambar dan video yang berkualiti tinggi.

* Tangkap LOG telefon ini dilengkapi dengan profil warna Bt.2020

4. ColorOS 11.2

* FindX3 Pro dikuasakan dengan ColorOS 11.2 berdasarkan Android 11. Color OS11.2 yang menawarkan ciri sama pada versi sebelumnya selain tambah baik terhadap beberapa cirinya.

* Terdapat mod gelap baharu yang sesuai dengan pelbagai aplikasi dan ciri ini dilengkapi Always-on Display yang boleh disesuaikan dengan pelbagai tema.

* OPPO Relax 2.0 pula merupakan ciri yang membolehkan anda menggabungkan suara anda sendiri menggunakan set pra-bunyi yang disertakan.

* Dari segi keselamatan Color OS11.2 menyokong ciri yang disebut System Cloner, yang pada dasarnya membahagikan telefon kepada dua profil yang berasingan. Setiap profil memerlukan kata laluan yang berbeza, memastikan privasi data pada tahap maksimum.

Terdapat pelbagai penambahbaikkan dan peningkatan dalam sistem operasinya termasuk kelancarannya secara menyeluruh selain lebih mesra terhadap aplikasi yang sering digunakan.

Bahagian paling mengujakan tentang FindX3 Pro adalah OPPO turut berkerjasama dengan pakar kesan bunyi Hans Zimmer iaitu pemenang anugerah penggubah nada dering, notifikasi dan penggera.

Untuk maklumat lanjut mengenai FindX3 dan pertandingan Malaysia Future Photography, layari laman web OPPO.

Pelanggan juga boleh melayari laman web OPPO atau Shopee dan Lazada untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OPPO FindX3 Pro.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain