suria

Lelaki gemar baca buku genre seram, biografi lebih bernilai di mata wanita... nampak seksi!

Lelaki yang gemar membaca mempunyai daya penarik kepada kaum wanita.

READING is sexy... Ungkapan itu mungkin sudah biasa didengar apatah lagi karakter Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta yang kacak, tenang dan gemar membaca membuatkan penonton tidak keruan.

Kegemaran Rangga membaca buku berjudul Aku karya Sjuman Djaya juga menunjukkan karakter Rangga yang mencintai puisi sekali gus memperlihatkan sisi dirinya yang bijak.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp hasilkan pelekat khas sempena Ramadan... ketahui cara menggunakannya

Berapa ramai selepas filem itu yang berangan-angan ingin menjadi seperti Rangga dan tiba-tiba menyukai buku sajak dan puisi?

Sebenarnya wanita merasakan lelaki yang gemar membaca buku nampak lebih menarik dan mereka mudah tertarik dengannya.

Tapi bukan sembarangan buku, sebaliknya ada beberapa jenis buku yang menarik perhatian wanita terhadap lelaki.

Kajian yang dilakukan aplikasi Elite Singles mendapati 60 peratus daripada 17,000 koresponden wanita memberitahu mereka lebih tertarik dengan lelaki yang gemar membaca.

Pakar psikologi, Salama Marine pula memberitahu hobi membaca dipandang sebagai seseorang individu itu seimbang dan berdikari.

Tidak hanya membaca, genre dan judul buku tertentu juga boleh membuatkan nilai seorang lelaki lebih bernilai di mata wanita.

Dalam kajian sama, wanita lebih tertarik dengan lelaki yang gemar membaca buku genre seram diikuti bukan fiksyen dan biografi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain