suria

WhatsApp hasilkan pelekat khas sempena Ramadan... ketahui cara menggunakannya

Pek pelekat bersempena Ramadan di WhatsApp.

WHATSAPP telah memperkenalkan pek pelekat Ramadan Together yang dihasilkan oleh Murat Kalkavan iaitu seorang ilustrator dari Istanbul.

Pek pelekat baharu itu kini boleh diakses oleh pengguna aplikasi itu di ruangan pelekat WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam ada! ImamConnect platform servis berlandaskan Islam sedunia... pakar Malaysia pun terbabit sama

Bagi menggunakan pek pelekat itu, klik ikon pelekat di bahagian kanan bawah sembang. Cari tanda tambah di bahagian paling kanan dan klik padanya untuk membuka perpustakaan pelekat.

Pilih pelekat kegemaran anda dan muat turun dan boleh terus digunakan.

Pek pelekat itu juga turut didatangkan dalam Bahasa Malaysia seperti pelekat 'Ayuh Bersahur', 'Terima Kasih' dan 'Selamat Berbuka Puasa'.



WhatsApp perkenal pek pelekat bersempena Ramadan.

WhatsApp sebelum ini mengumumkan pengguna aplikasi itu akan menikmati pelbagai pelekat berdasarkan perayaan dan peristiwa tertentu.

Tidak hanya WhatsApp, aplikasi lain turut tampil dengan tema Ramadan untuk pengguna.

Snapchat sebagai contoh memperkenalkan lensa Bitmoji dan AR (augmented reality) dengan pelbagai ucapan dan bermotifkan Ramadan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memberitahu pelekat Ramadan itu dihasilkan oleh Yong Nurain, iaitu rakyat Malaysia kedua yang secara rasmi dilantik sebagai pencipta pelekat untuk Snapchat.

Instagram turut mengumumkan ia bekerjasama dengan Hala Albbasi, seorang ilustrator yang berpusat di Bahrain untuk membuat tiga pelekat bertemakan Ramadan yang boleh digunakan di IG Stories.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain