suria

Jangan terkejut... kulit timun paling berkesan halau semut!

Kulit timun boleh digunakan untuk menghalau semut.

SEMUT mungkin serangga kecil tetapi kehadirannya boleh menyebabkan keadaan jadi huru-hara apabila ia 'menyerang' dapur atau tempat yang mempunyai makanan.

Kebiasaannya, kita akan menggunakan penyembur serangga namun ia tidak terlalu berkesan dan semut masih datang ke tempat sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Habis pasu kesayangan pecah dikerjakan Oyen... Ini 3 sebab kucing gemar jatuhkan barang!

Sebenarnya terdapat cara semula jadi untuk menghalau semut tanpa membunuhnya iaitu dengan menggunakan kulit timun.

Semut tidak menyukai bau timun yang kuat dan akan menjauhkan diri daripadanya.



Semua tidak menyukai bau timun.

Bagaimana caranya?

1. Bagi membasmi semut, kupas kulit timun kerana ia adalah bahagian paling beraroma selain mempunyai rasa yang pahit.

2. Letakkan kulit timun pada bahagian yang mempunyai semut seperti lubang dinding atau laluan semut yang berada di rumah.

3. Biarkan kulit timun semalaman dan semut akan lari dan tidak lagi kembali.

Bagi mengelakkan semut lain pula datang ke dapur atau ruang lain rumah anda, letakkan kulit timun di kawasan itu dan baunya akan membuatkan semut takut.

Selain itu, bagi memastikan semut atau serangga lain tidak mencemarkan rumah anda, jaga kebersihan selain menyimpan makanan dan minuman ditempat tertutup agar ia tidak menarik perhatian serangga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain