suria

Populariti mencanak sebab kacak! Pemain skuad kebangsaan Korea Selatan terpaksa off handphone gara-gara tak henti diganggu

Gue-sung mendapat perhatian ramai selepas beraksi di Piala Dunia 2022.

MESKIPUN tersingkir dan gagal mara ke pusingan suku akhir selepas tewas di tangan Brazil, namun bintang Korea Selatan, Cho Gue-sung, mula menjadi perhatian para gadis.

Tiba-tiba sahaja populariti pemain yang menyarung jersi nombor 9 ini mencanak naik selepas aksi skuad negaranya menentang Uruguay di peringkat Kumpulan H pada temasya Piala Dunia 2022.

Sebaik perlawanan dengan Uruguay berakhir, pengguna media sosial mula 'menggali' latar belakang pemain kacak berusia 24 tahun ini, terutama sekali mengenai siapa yang menjadi kekasih hatinya.

Popularitinya makin bertambah-tambah selepas menyumbat dua gol ketika aksi menentang Ghana.

Buktinya, daripada hanya mempunyai kira-kira 20,000 pengikut di Instagram sebelum Piala Dunia 2022, ketika ini Gue-sung mengumpul sekitar 2.6 juta pengikut walaupun hanya membuat enam hantaran (posting) di laman sosial tersebut.

KOREA 2

Gue-sung kini menjadi kegilaan peminat wanita.

Malah dek kerana populariti mengejut itu, Gue-sung terpaksa mematikan telefon bimbitnya.

Ada peminat yang tanpa segan silu menghantar mesej dan melamar Gue-sung untuk dijadikan sebagai pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes mengait diperlekeh, dianggap tiada untung... Rupanya orang Sepanyol, Texas pun beli! Mampu jana RM10k sebulan

"Dia terpaksa berehat. Telefonnya berfungsi sepanjang malam. Ia membuatkan dia terjaga.

"Dia cuba menumpukan perhatian pada bola sepak namun sepanjang masa, mesej itu datang," kata Seo Jung-hwan, salah seorang wartawan Korea Selatan.

KOREA 1

Gue-sung kini bernaung di bawah kelab Jeonbuk Hyundai Motors FC.

Pasti ada dalam kalangan anda juga tertanya-tanya latar belakang Gue-sung. Ini antara perkara yang perlu anda tahu mengenai pemain kacak ini.

1) Dilahirkan pada 25 Januari 1998

2) Anak kepada pasangan atlet. Bapanya adalah pemain bola sepak manakala ibunya pemain bola tampar

3) Pada awal karier bola sepak sewaktu kanak-kanak, Gue-sung sering diletakkan di bangku simpanan kerana rendah berbanding rakan sepasukan

4) Pernah berputus asa meneruskan karier dalam bola sepak, malah Gue-sung dikatakan mahu berubah angin sebagai kakitangan kerajaan

5) Tidak menganggap dirinya sebagai pemain bola sepak yang hebat walaupun kini merupakan salah seorang pemain kebangsaan

6) Pemain bagi kelab Jeonbuk Hyundai Motors FC dan skuad kebangsaan Korea Selatan

7) Menyumbat dua gol dalam selang waktu 3 minit ketika menentang Ghana di Piala Dunia 2022

8) Dikaitkan mempunyai hubungan dengan model terkenal, Ji Min Joo namun khabar itu dinafikan agensi Min Joo

9) Ramai peminat membandingkan penampilannya sama seperti pelakon, Park Seo-joon

10) Kini khabar mengaitkan Gue-sung dengan kelab Celtic, Fenerbahce, dan Borussia Dortmund. - Theathletic.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain