suria

Diberi gelaran Lilibet ketika zaman kanak-kanak, ini trivia Ratu Elizabeth II yang perlu anda tahu

Baginda ditabalkan sebagai Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953, di Westminster Abbey, pada usia 25 tahun. Foto: Geoff Caddick/AFP.

KEMANGKATAN Ratu Elizabeth II yang berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September sekelip mata menjadi berita paling menggemparkan di seluruh dunia.

Berikut kami kongsikan beberapa trivia menarik mengenai Ratu Elizabeth II.

1. Lilibet

Ratu Elizabeth II dilahirkan sebagai Puteri Elizabeth Alexandra Mary pada 21 April 1926, di London, kepada Putera Albert, Duke of York (kemudian dikenali sebagai King George VI), dan Elizabeth Bowes-Lyon.

Sewaktu zaman kecil, tiada siapa menyangka Elizabeth suatu hari nanti bakal bergelar ratu Great Britain. Dia yang diberi gelaran Lilibet menikmati dekad pertama dalam hidupnya dengan semua keistimewaan kehidupan sebagai keluarga diraja tanpa tekanan untuk menjadi pewaris yang jelas.

Apabila datuk Elizabeth George V meninggal dunia pada tahun 1936, anak sulungnya (bapa saudara Elizabeth) menjadi Raja Edward VIII. Edward, bagaimanapun, jatuh cinta dengan Wallis Simpson dan terpaksa memilih antara mahkota dan hatinya. Akhirnya, Edward memilih Simpson dan melepaskan mahkota itu.

1_daughter-of-their-royal-highnesses-duke-and-duchess-of-york-pic-1926-photo-by-bob-thomaspopperfotogetty-images

Ratu Elizabeth II pada 21 April 1926.

Peristiwa itu mengubah perjalanan hidup Lilibet, menjadikannya pewaris kepada mahkota British.

2. Pertabalan

Baginda ditabalkan sebagai Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953, di Westminster Abbey, pada usia 25 tahun.

Ratu Elizabeth II memikul tanggungjawab raja yang memerintah pada 6 Februari 1952, apabila bapanya, Raja George VI, mangkat. Buat pertama kalinya, upacara pertabalan disiarkan di televisyen, membolehkan orang ramai dari seluruh dunia menyaksikan kemegahan acara itu.

3. Perkahwinan

Ratu Elizabeth II berkahwin dengan sepupu jauhnya Philip Mountbatten pada 20 November 1947, di Westminster Abbey di London.

Ratu Elizabeth II pertama kali bertemu dengan Philip, anak kepada Putera Andrew dari Greece, ketika berusia 13 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

Ratu Elizabeth II dan Philip tidak membuang masa untuk melahirkan pewaris: Anak lelaki Charles dilahirkan pada tahun 1948 dan anak perempuan Anne lahir pada tahun 1950.

Ratu Elizabeth II mempunyai dua lagi anak—anak lelaki Andrew dan Edward—masing-masing lahir pada tahun 1960 dan 1964.

file6xfr9lb4s3k19sa35cq4

Ratu Elizabeth II memerintah selama 70 tahun 7 bulan. Foto: Yui Mok/AFP.

Pada tahun 1969, Ratu Elizabeth II secara rasmi menjadikan Charles penggantinya dengan memberinya gelaran Putera Wales.

4. Menantu dan cucu

Pada tahun 1981, Charles yang berusia 32 tahun berkahwin dengan Diana Spencer yang berusia 19 tahun (dikenali sebagai Puteri Diana).

Charles dan Diana melahirkan dua cahaya mata iaitu Putera William dan Putera Harry.

5. Pemerintahan

Baginda memerintah selama 70 tahun 7 bulan. Sebagai raja berperlembagaan, Ratu Elizabeth II tidak mengambil berat tentang hal politik dan tidak mendedahkan pandangan politiknya. Bagaimanapun, Ratu Elizabeth II kerap berunding dengan perdana menterinya.

6. Hobi

Sepanjang hidupnya, Ratu Elizabeth II sering dikelilingi dengan dengan anjing. Baginda juga seorang peminat kuda yang membiak baka tulen dan menghadiri acara perlumbaan selama bertahun-tahun. - Biography.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain