Siapa sangka video Sugu Pavithra pengubat rindu YouTuber Jepun, Ichang dan Jimmy... harap Covid-19 segera berakhir

Pasangan suami-isteri berasal dari Jepun, Jimmy dan Ichang sering memasak sendiri menu Malaysia di rumah. Foto Instagram @ichang_hong_kong_1009

“DALAM badak itu ada gula kelapa, sangat sedap. Boleh buat kita ketagih. Bila saya buat (badak berendam) saya akan letak banyak gula kelapa di dalam dan makan tak henti sampai saya pun jadi badak”.

Reaksi spontan yang comel oleh pasangan YouTuber dari Jepun, Jimmy dan IChang menikmati makanan Malaysia selalu mencuri hati penonton terutama di saluran YouTube mereka yang kini telah mencecah lebih 132,000 pelanggan.

Jimmy atau nama penuhnya Yusuke Nishida berkata dia dan isterinya, Ai Nishida yang lebih mesra dengan panggilan IChang, mula mengenali kuih tradisional yang popular di Pantai Timur negara ini selepas dicadangkan oleh salah seorang pengikut di media sosial mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kelangsungan hidup, coach sado tak malu makan gaji angkut barang di pasar basah

Pasangan suami isteri yang kini menetap di Hong Kong yang sangat menggemari masakan dan makanan Malaysia berusaha untuk menghasilkan sendiri kuih tersebut sehingga mereka mengaku ketagih untuk menikmatinya.



Durian telah membuatkan pasangan ini jatuh cinta dengan Malaysia.

Selain kuih tradisi itu yang kini menjadi antara pencuci mulut utama mereka, pasangan itu juga mencuba pelbagai masakan lain seperti kari ayam dan asam laksa walaupun mengakui sukar untuk mendapatkan bahan asas seperti rempah dan daun kesum di Hong Kong.

“Kami tidak mempunyai banyak pilihan rempah kari di sini. Kami perlu pergi ke kedai yang khusus menjual rempah untuk membuat pilihan rempah kari dan herba. Kami mula cuba untuk membuat rempah kari kami sendiri menggunakan lesung batu yang kami ada, ” katanya kepada Bernama.

Melihat kesungguhan mereka memasak makanan Malaysia sehingga sanggup mencari daun pisang serta makan menggunakan tangan demi mendapat pengalaman sebenar adalah suatu usaha yang sangat mengagumkan.

Malah pasangan ini turut mencuba resipi kari Sugu Pavitra selepas menonton video masakan atlet bina badan negara, Sazali Samad yang mencuba resipi tersebut.



Penonton saluran YouTube pasangan ini kagum dengan kebolehan mereka memasak sendiri roti canai.

Jimmy berkata mereka berdua sangat tertarik dengan video yang dihasilkan oleh Sugu Pavithra kerana ia sangat bersahaja dan menggunakan alatan memasak yang asas dan mudah didapati seperti kuali dan periuk.

“Cara dia bercakap kami senang faham dan ikut sewaktu menonton video dia. Kalau ada yang tidak faham kami akan (terjemah menggunakan) Google Translate supaya kami dapat faham apa yang dimaksudkan, ” tambahnya.

Justeru itu, selain daripada memasak, Jimmy dan isterinya turut dapat mempelajari perkataan dalam Bahasa Malaysia seperti garam, daging, bawang putih semasa memasak.

“Tidak susah untuk kami belajar kerana cara menyebut perkataan itu agak sama dengan bahasa Jepun. Sangat jelas, senang untuk kami dengar dan faham macam garam. Kami sedang berusaha untuk memahami lebih banyak perkataan bahasa Melayu, ” katanya.



Gelagat bersahaja dan melucukan pasangan ini menambat hati penonton.

Mereka yang telah 10 kali datang bercuti di Malaysia sejak tahun lepas juga mengakui telah jatuh cinta dengan makanan Malaysia sejak kali pertama datang ke sini.

“Kami telah pergi ke Pulau Pinang dan buat pertama kali kami mencuba durian. Pada waktu itu kami mencuba Musang King dan D24. Kami dapat tahu ada pelbagai jenis durian. Kami jatuh hati dengan durian!

“Selain itu kami juga ke Melaka, Kota Kinabalu dan Johor untuk mencuba lebih banyak makanan dan masakan tempatan termasuk makanan di gerai tepi jalan, ” katanya yang turut menggemari nasi kandar.

Cinta mereka terhadap makanan dan budaya Malaysia terbukti apabila pasangan itu tidak sabar untuk datang semula ke sini selepas berakhirnya pandemik Covid-19.

“Semoga keadaan menjadi baik semula tidak lama lagi untuk kita, supaya kami dapat ke sana untuk menikmati makanan. Kami sangat rindukan Malaysia".



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain