Makan sebuah pesawat sampai licin, sampai sekarang tiada siapa dapat tandingi diet pelik lelaki ini! - Figura | mStar

Makan sebuah pesawat sampai licin, sampai sekarang tiada siapa dapat tandingi diet pelik lelaki ini!

Michel Lotito mempunyai selera aneh berbanding manusia biasa yang lain. -foto Guinness World Records

MAKANAN menjadi salah satu keperluan utama manusia untuk meneruskan kehidupan.

Makan dapat memberi tenaga untuk tubuh supaya manusia dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Terdapat terlalu banyak jenis makanan untuk dimakan oleh manusia di dunia ini. Yang membezakannya hanyalah sedap dan tidak!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita suka makan objek keras, doktor terkejut jumpa paku, pin, rantai, dawai dalam perutnya

ARTIKEL BERKAITAN: Perut macam tabung, 263 syiling ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 14 tahun telan objek besi sebab nak tingkatkan...

Bagaimanapun seorang lelaki yang berasal dari Perancis memiliki selera makan yang sangat unik.

Michel Lotito mampu makan benda-benda yang berbahaya dan susah dicerna, seperti kaca, kayu dan besi.

Lotito yang lahir pada tahun 1950 menyedari dirinya mempunyai keanehan dari segi selera makannya sejak dia berusia sembilan tahun.

Ketika itu, dia sedar tentang keistimewaan dirinya apabila gelas air yang diminumnya pecah. Serpihan kaca gelas tersebut kemudian dikunyahnya seperti makanan.

Seluruh dunia kagum dengan selera aneh dan kemampuan Lotito makan benda-benda berbahaya.

Setelah meningkat dewasa, semakin banyak makanan pelik yang dimakan Lotito. Setiap hari dia makan lebih kurang 1 kg besi.

Lotito menjadi terkenal di seluruh dunia terutama di Perancis dan mendapat gelaran 'Monsieur Mangetout' yang bermaksud 'Lelaki Pemakan Segala'.

Tetapi anda harus tahu bahawa dia bermasalah untuk makanan lembut seperti pisang dan telur rebus.

Berdasarkan fakta dari laman web Guinness World Records, sepanjang hidupnya, Lotito sudah makan 18 buah basikal, 15 troli supermarket, tujuh televisyen, enam lampu gantung, dua katil, sebuah kelengkapan ski, sebuah keranda, sebuah komputer dan sebuah pesawat.

Lotito mengambil masa selama dua tahun untuk menghabiskan 'menu'nya, sebuah pesawat jenis Cessna 150.

Cara Lotito makan benda-benda keras itu adalah dengan memotongnya kecil-kecil. Dia kemudian memastikan bahagian kerongkongnya licin dengan minyak mineral, agar dia mudah menelan makanannya.

Salah satu makanan paling dahsyat yang pernah dimakannya adalah sebuah pesawat jenis Cessna 150 yang mula dimakan pada tahun 1978.

Lotito makan keseluruhan bahagian pesawat itu tanpa meninggalkan walau sedikit sisa selama dua tahun sehingga 1980. Kerusi pesawat pun 'selamat' masuk ke perutnya!

Seingga Oktober 1997 saja, jumlah keseluruhan besi yang telah dimakan oleh Lotito dianggarkan seberat 9 tan.

Hasil pemeriksaan doktor menyatakan sistem pencernaan Lotito tidak bermasalah walaupun mempunyai pola makanan aneh.

Lotito meninggal dunia pada 25 Jun 2007 pada usia 57 tahun, tetapi kematiannya bukan kerana amalan pemakanannya.

Seingga kini Lotito masih menjadi pemegang rekod 'Strangest Diet' (Diet Paling Pelik) di Guiness World Records. -Ripleys

besi , pesawat , Michel Lotito , rekod dunia

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak