suria

14 Tahun Telan Objek Besi Sebab Nak Tingkatkan...

Pakar bedah mengeluarkan pelbagai objek asing dari perut seorang warga emas. - East2west News

SEORANG nenek di Rusia menelan sebanyak 152 objek besi termasuk paku kerana percaya ia boleh meningkatkan kandungan zat besi dalam badan.

Nenek berusia 74 tahun yang dikenali sebagai Nina itu terpaksa dimasukkan ke hospital di Ulan-Ude, kira-kira 145 batu di utara sempadan Mongolia iaitu di tenggara Rusia.

Mangsa mengadu mengalami suhu badan yang tinggi, namun kakitangan hospital amat terkejut apabila mereka menemukan punca penyakit warga emas itu menerusi sinaran X (X-ray).

Memetik laporan Daily Mail, pakar bedah menjumpai lebih 152 objek asing di dalam badannya.

Antara objek itu adalah paku panjang, skru bersaiz besar, bolt dan penghenti pintu serta cebisan besi sepanjang enam inci.

Nina memberitahu doktor bahawa dia mempunyai penyakit anemia dan mempercayai bahawa perbuatannya membantu dia meningkatkan paras zat besi.

Pasukan perubatan hospital memberitahu media tempatan, wanita itu mula makan objek-objek itu sekitar 14 tahun lalu.

Kata para doktor, tiada masalah kesihatan yang serius berlaku di bahagian perut atau tekak warga emas itu.

"Nyawanya tidak terancam dan dia kini di bawah pemerhatian pihak hospital," kata sumber.

telan besi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain