suria

"Dia Yang Terlalu Sibuk" - Kakak Meghan

Samantha (kanan) membalas kenyataan dibuat Putera Harry berkaitan keluarga mereka.

KAKAK Meghan Markle membalas kenyataan Putera Harry yang mendakwa kerabat diraja itu merupakan sebuah keluarga yang 'tidak pernah' dimiliki oleh Meghan.

Samantha menyelar kenyataan dibuat putera yang berusia 33 tahun itu dan berkata, orang tersayang sentiasa menyokong Meghan ketika pelakon itu membesar, namun tunang Harry itu sebenarnya yang 'terlalu sibuk' untuk meluangkan masa bersama mereka.

Samantha dan Meghan merupakan anak kepada Thomas namun dilahirkan oleh ibu yang berbeza.

Kakak Meghan itu menulis di Twitter: "Sebenarnya dia (Meghan) mempunyai keluarga yang besar yang sentiasa ada untuk dia.

"Rumah kami biasa sahaja dan apabila ayah dan Doria berpisah, kami semua berjaya mengharunginya dan dia sebenarnya memiliki dua rumah.

"Tiada siapa yang dipinggirkan, dia yang terlalu sibuk.

"Keluarga Meg (Meghan) adalah sempurna dengan adik beradik lelaki dan perempuan, ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan ayah kami yang sentiasa mengeratkan hubungan kekeluargaan dan selalu berkorban untuk kami.

"Dia memiliki keluarga ini... perkahwinan hanyalah menjadikan keluarga ini semakin besar," katanya.

Komen Samantha itu dibuat selepas Putera Harry mendedahkan bagaimana beliau dan tunangnya menikmati musim perayaan dan kerabat diraja amat menyenangi Meghan semasa pasangan itu melawat Ratu Elizabeth di Sandringham. - Daily Mail

Meghan Markle

Artikel Lain