Putera Harry Dinasihat Tak Jemput Obama Ke Majlis Kahwin - Dunia | mStar

Putera Harry Dinasihat Tak Jemput Obama Ke Majlis Kahwin

Obama (kiri) dan Putera Harry.
PEGAWAI kerajaan dilaporkan meminta Putera Harry supaya tidak menjemput keluarga Obama ke majlis perkahwinannya kerana bimbang ia akan menimbulkan reaksi kurang senang Donald Trump.

Harry dan tunangnya, Meghan Markle, yang akan berkahwin pada 19 Mei depan dilaporkan telah memberitahu penasihat bahawa mereka mahu presiden ke-44 Amerika Syarikat itu dan isterinya Michelle hadir ke majlis tersebut.

Barack dan Michelle berkawan baik dengan Harry selepas mereka bertemu dalam acara Invictus Games.

Apabila Harry dan Meghan mengumumkan pertunangan mereka, bekas presiden itu menulis di Twitter menyatakan dirinya dan isteri 'tumpang gembira'.

"Kami berharap anda gembira dan bahagia bersama seumur hidup," tulis Obama.

Obama juga ditemubual oleh Harry untuk Program BBC Today di Radio 4, pada Rabu.

Meghan diketahui ramai tidak suka dengan Trump selepas dia membuat komen di media sosial mengenai sikap prejudis Trump terhadap wanita semasa kempen pilihan raya tahun lalu.



Bekas pelakon siri Suits ini menyelar Presiden AS itu sebagai 'memecah belah' dan 'misoginistik' (benci perempuan).

Tetapi timbul kebimbangan di Pejabat Luar Negeri dan pentadbiran No10 jika undangan untuk keluarga Obama hanya akan menjejaskan presiden semasa yang diketahui sering memperlekehkan pendahulunya.

Para pegawai bimbang ia akan memburukkan hubungan yang sudah tegang antara No10 dan White House.

Hubungan Theresa May dan Donald Trump tidak baik selepas dia mengutuk keputusannya kerana mengiktiraf bandar Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Trump masih dalam perancangan untuk melawat UK menurut No10 selepas dia dijemput mengadakan lawatan negeri tetapi tiada tarikh telah dipersetujui.

Terdapat kemungkinan protes akan dijalankan jika presiden AS ke-45 itu melawat UK.

Sumber kanan kerajaan memberitahu Sun: "Harry telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu keluarga Obama di majlis perkahwinannya, jadi ia menimbulkan banyak kegelisahan."

"Trump mungkin menunjukkan reaksi sangat teruk jika keluarga Obama hadir ke perkahwinan diraja sebelum dia mempunyai peluang bertemu dengan ratu.

"Perbincangan tentangnya masih berterusan dan para menteri akhirnya perlu membuat keputusan." -mirrorUK

Putera Harry , Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nyum! Nyum! Berselera Landak Makan Cacing

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain