suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa kena pantau makanan ringan anak-anak... Ada sebab kenapa ‘gummy eyeball’ sangat berbahaya

Gula-gula kenyal ini boleh mengancam nyawa. -Foto N.E Let's Eat (kiri)

TRAGEDI seorang kanak-kanak di Pulau Pinang meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy eyeball mengundang kebimbangan ramai.

Pastinya golongan ibu bapa mula risau tentang keselamatan makanan ringan yang dijual kepada kanak-kanak tanpa pengawasan mereka.

Gula-gula kenyal berbentuk mata ini mungkin kelihatan unik dan menyeronokkan, tetapi ia sebenarnya boleh menjadi perangkap maut. 

Menurut Public Health Malaysia, gula-gula kenyal ini boleh menyumbat saluran pernafasan, menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas dan meningkatkan risiko lemas.

Terdapat pelbagai aneka gummy ball dijual di pasaran.

Mengapa gula-gula gummy eyeball sangat berbahaya?

1. Tekstur licin dan kenyal

Gula-gula ini mempunyai tekstur yang licin dan kenyal, menyebabkan ia mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah dengan sempurna.

2. Bentuk bulat dan besar

Saiz dan bentuknya yang hampir menyerupai bola kecil menjadikannya sukar dikunyah dengan baik, sekaligus meningkatkan risiko ia tersangkut di saluran pernafasan.

3. Sukar dikeluarkan jika tersedak

Tidak seperti makanan keras yang boleh dihentak keluar menggunakan teknik Heimlich, gula-gula ini bersifat melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.

4. Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil

Kanak-kanak yang lebih muda belum pandai mengunyah dengan betul dan mudah panik apabila tercekik, menjadikan keadaan lebih kritikal.

Jika anda melihat gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda kepada pihak berkuasa.

Artikel Lain