suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesti ramai tak tahu cara tuang air daripada gelas supaya tak tumpah... Rupanya ahli kimia selalu praktik dalam makmal

Teknik menuang air yang dipersetujui ahli kimia.

MENUANG air daripada satu bekas ke bekas yang lain ada kalanya boleh menjadi sukar.

Kemungkinan untuk cecair terpercik atau tumpah boleh menyebabkan kawasan sekitar menjadi basah.

Lebih rumit sekiranya cecair tersebut adalah air manis yang tinggi kandungan gula, pastinya melekit untuk dibersihkan.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Savanna, ada dikongsikan petua mudah supaya air dapat dituang dengan kemas dan cermat.

"Sekolah pun tak pernah ajar. Dengan cara ini, anda tak akan pernah tumpahkan air lagi ketika menuang," ujar Savanna.

Anda hanya memerlukan satu bahan ini, ayuh kita lihat!

Kaedah menuang air yang lebih teratur.

Bahan-bahan:

1) Penyedut minuman (straw)

Langkah-langkah:

1) Letakkan straw secara menegak di tengah gelas dan pegang dengan stabil

2) Tuangkan air pada badan straw dan biarkan ia mengalir ke bawah

3) Air itu akan menurun mengikut struktur straw tersebut, tidak lagi berjejehan ke tempat yang tidak sepatutnya

Maklum balas netizen

"Genius! Teknik ini juga digunakan ahli kimia di makmal apabila nak tuang suatu bahan ke dalam kelalang, kita panggil sebagai decantation.

"Terima kasih kongsi, sekarang dah tak perlu pening kepala fikir sudut mana nak tuang air untuk elak tumpah," demikian kata sebahagian warga maya. - Savanna

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain