suria

Kuih raya tak hapak, lemau jika disimpan ikut 8 tip ini! 6 bulan masih elok lagi, mak-mak dah lama buat

Terdapat lapan tip bagi mengelakkan kuih raya cepat rosak.

RAMAI dalam kalangan kita yang dah mula membuat biskut raya memandangkan Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi.

Tetapi timbul kerisauan jika biskut menjadi tak sedap, lemau atau berbau hapak jika disiapkan lebih awal.

Bagi mengelakkan daripada timbul masalah ini, seorang baker Azamar Norasikim Cikza berkongsi tip supaya biskut raya boleh bertahan lebih lama.

Tepung perlu dijemur sebelum digunakan.

Terdapat 8 tip yang dikongsi:

1. Jemur tepung dan gula terlebih dahulu supaya biskut dihasilkan lebih ringan

2. Pastikan biskut disimpan dalam bekas kedap udara

3. Bungkuskan sebunjut garam lalu diletakkan di dalam bekas biskut

4. Taburkan sedikit gula ke dalam bekas untuk mengelakkan biskut menjadi hapak

5. Alas setiap biskut dengan lapisan kertas minyak

6. Pastikan biskut betul-betul sejuk barulah disimpan di dalam bekas

7. Pastikan biskut berasaskan kacang, pastikan kekacang dibakar terlebih dahulu supaya tidak cepat lemau dan hapak

8. Elak campur kuih berbeza dalam satu bekas kerana setiap jenis biskut raya menggunakan bahan berbeza

Story on people who make traditional kuih Raya. — SAMUEL ONG/The Star

Kuih raya boleh disimpan lebih lama jika tahu caranya.

Menurut Azamar, teknik atau tip yang dikongsikan ini mampu membuatkan biskut bertahan selama enam bulan tanpa menggunakan bahan pengawet.

Jika diteliti ruangan komen, seorang warga maya mengakui keberkesanan kaedah dikongsikan Azamar.

Malah, ia merupakan teknik yang sudah diamalkan oleh neneknya sejak zaman berzaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain