suria

Tak sabar nak raya? Ini panduan jumlah kalori bagi setiap biskut popular... Makan berpada-pada!

Sama ada moden atau tradisional, kuih raya adalah pelengkap sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan

BISKUT atau kuih raya merupakan juadah pelengkap sambutan Aidilfitri.

Tetapi perlu diingat, kebanyakan kuih raya mengandungi jumlah kalori yang tinggi sehingga boleh menyebabkan berat badan anda naik secara mendadak.

Maka pastikan anda ketahui nilai kalori bagi setiap biji kuih raya yang diambil agar tidak menjemput pelbagai penyakit tidak diingini hadir selepas Syawal.

Menurut Hello Doktor terdapat lima jenis kuih raya popular yang harus diambil secara terkawal agar tidak mengundang bahaya terhadap kesihatan.

1. Almond London

Biji badam yang dibalut dengan adunan doh sebelum dicelup ke dalam coklat premium dan ditaburi badam cincang ini mempunyai 50 kalori.

Jadi anda perlu berjalan kaki selama 15 minit atau berjoging selama enam minit untuk membakar kalori daripada sebiji Almond London.

Interview session with Noraini Cookies for Metrobiz. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. July 9th, 2013.

Almond London merupakan antara kuih popular di negara ini. -Gambar The Star

2. Tart Nanas

Jem nanas yang digulung dengan adunan tepung ini mempunyai nilai kalori sebanyak 50 bagi setiap satu biji yang dimakan.

Oleh itu, anda perlu mengayuh basikal selama lapan minit atau berjalan kaki selama 15 minit untuk membakar kalori sebanyak ini.

3. Dodol

Kuih raya klasik ini mempunyai nilai kalori tinggi kerana diperbuat daripada campuran tepung pulut, santan dan gula Melaka yang dimasak sehingga likat dan kenyal.

Bagi membakar 70 kalori untuk sepotong dodol, anda perlu berjalan kaki selama 20 minit atau berjoging selama lapan minit bagi membakarnya semula.

Dodol mempunyai kalori lebih tinggi berbanding kuih lain. -Gambar The Star

4. Kerepek pisang

Kerepek merupakan hidangan kudapan paling mudah untuk dihidangkan pada hari raya kerana ia hanya perlu dihiris nipis sebelum digoreng garing ke dalam minyak panas.

Bagi tiga keping kerepek pisang, nilai kalorinya adalah sebanyak 40 kalori.

Sekiranya ingin membakar kalori tersebut, anda perlu berjalan kaki selama 10 minit atau berbasikal selama lima minit.

5. Biskut semperit

Kuih yang juga dikenali sebagai kuih dahlia ini diperbuat daripada mentega, gula, telur, tepung kastard, tepung gandum dan tepung jagung.

Biskut yang rapuh dengan rasa berlemak ini mempunyai nilai sebanyak 40 kalori bagi setiap biji.

CNY Story- on a single mother who bakes pineapple tarts and cookies for the festival season.

Tart nanas merupakan antara kuih kegemaran rakyat Malaysia. -Gambar The Star

Anda perlu berjalan kaki sekitar 10 minit atau berjoging selama lima minit untuk membakar kalori biskut ini.

Walaupun setiap kuih raya tersebut tinggi dengan kalori tetapi tidak salah seandainya kita ingin merasa setiap makanan disajikan sempena meraikan hari raya.

Apa yang penting adalah kita perlu bijak dalam memilih makanan apabila bertandang ke rumah terbuka atau jamuan hari raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain