suria

Sedih tengok air mani keluar sikit sangat? Doktor kongsi 3 langkah mudah, lelaki tak perlu rasa ‘down’ lagi

Masalah kuantiti air mani sedikit sering berlaku dalam kalangan lelaki. -Gambar hiasan Freepik

KUANTITI air mani merupakan satu topik yang cukup sensitif untuk dibincangkan bagi kaum Adam.

Kebanyakan lelaki akan berasa segan untuk menyentuh isu ini memandangkan ia dianggap tabu dalam kalangan masyarakat kita.

Oleh itu, mereka memilih untuk mendiamkan diri sahaja dan tidak mendapatkan rawatan lanjut mengenai masalah dalaman dihidapi.

Bagi mereka yang malu untuk berjumpa pakar, anda boleh cuba tiga kaedah dikongsikan oleh seorang doktor perubatan dan pengasas kepada syarikat berkaitan pemakanan kesihatan, Dr Raihana Ismail.

Dr Raihana banyak berkongsi tip di akaun TikTok.

Terdapat tiga cara mudah boleh anda lakukan untuk meningkatkan pengeluaran air mani:

1. Banyakkan hormon gembira

Menaikkan hormon gembira secara tidak langsung boleh membantu menurunkan stres dan meningkatkan hormon seksual.

Terdapat empat jenis hormon gembira iaitu:

a) Endorfin

Dihasilkan sekiranya seseorang makan makanan yang 'menggembirakan' usus seperti makan pedas dalam kuantiti sedikit.

b) Dopamin

Merupakan hormon pencapaian diri di mana kita meraikan setiap kejayaan, termasuklah bersyukur bangun dari tidur dan mendapati diri masih bernafas lagi.

c) Serotonin

Boleh diperoleh sekiranya kita terdedah kepada cahaya matahari pagi (sumber vitamin D semula jadi) untuk tingkatkan kualiti dan kuantiti sperma.

d) Oksitosin

Merupakan hormon kasih sayang yang boleh diperoleh melalui sentuhan seperti memeluk pasangan atau haiwan peliharaan bagi yang masih bujang.

Masalah air mani sedikit boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan sihat. -Gambar hiasan Freepik

2. Elak makan makanan dalam tin atau plastik yang dipanaskan

Bispenol A (BPA) dan aluminium boleh meniru (mimik) hormon estrogen palsu dalam badan anda.

Ia akan menyebabkan lelaki memiliki sifat atau ciri seperti wanita.

Selain itu, boleh menyebabkan masalah buncit atau pengumpulan lemak pada payudara dan menyebabkan air mani menjadi sedikit.

3. Ambil makanan dari sumber magnesium

Rendamkan badam mentah semalaman dalam kuantiti satu cawan.

Setelah mengupas kulit badam, buang air rendaman dan kemudian kisarkan.

Sekiranya tidak mempunyai masa untuk lakukan kaedah ini, anda boleh tukarkan kepada makanan lebih mudah iaitu telur ayam kampung.

Rebuskan telur sehingga separuh masak.

Campurkan secubit halia, satu sudu teh madu asli dan secubit lada hitam sebelum dimakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain