suria

Tak ada periuk tekanan, tiada masalah! Cuba lima tip ini, pasti rendang daging jadi lembut dan enak

Terdapat beberapa tip yang dikongsikan agar daging menjadi lembut. Gambar hiasan. Foto: Freepik

SELEPAS sebulan berpuasa, beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Ketika ini sudah pastinya kaum Hawa sudah mula sibuk melakukan persiapan seperti mengemas rumah, membeli barang-barang untuk menyediakan juadah dan sebagainya.

Kalau sebut pasal raya, sudah tentu antara juadah wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu adalah ketupat dan lemang.

Lebih padu kalau kedua-duanya digandingkan dengan rendang daging!

Namun ada kalanya kaum wanita berdepan dengan masalah untuk menyediakan hidangan berasaskan daging kerana dibimbangi ia liat sekaligus boleh merencatkan selera.

Di zaman moden ini, masalah tersebut dapat diatasi dengan menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan yang membantu melembutkan daging dengan lebih mudah dan pantas.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan laut hilang segar, rasa tak sedap? Ini petua sejuk beku ‘seafood’, boleh tahan sampai 2 minggu!

Bagaimanapun, tidak semua antara kita yang memiliki peralatan tersebut.

Usah risau, apa kata anda cuba tip yang kami senaraikan ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Petua Malaya. Mudah saja!

Tip pertama:

1. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.

2. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

daging 2

Memerap daging dengan baking soda juga merupakan salah satu tip yang boleh dicuba.

Tip kedua:

1. Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.

2. Carik-carikkan daun pisang abu.

3. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

Tip ketiga:

1. Ambil setengah atau sebiji pinang tua.

2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua.

3. Masukkannya ke dalam periuk atau kuali untuk dimasak sekali dengan daging.

potong daging

Potong daging mengikut arah urat yang berlawanan.

Tip keempat:

1. Perap daging yang dipotong kecil dengan baking soda.

2. Perap selama sekurang-kurangnya 15 minit.

3. Bilas daging bersih-bersih sebelum dimasak.

Tip kelima:

1. Perhatikan urat daging sebelum memotongnya.

2. Potong daging mengikut arah berlawanan dengan urat.

3. Apabila memasak, pastikan tutup periuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain