suria

Terasa hati digelar gajah... Ketahui jumlah kalori perlu dibakar untuk kurangkan 1kg berat badan

Defisit kalori adalah kunci kejayaan dalam diet.

MEREKA yang bertubuh gempal bukan sahaja berisiko terkena penyakit, malah turut berdepan pandangan serong segelintir anggota masyarakat.

Bagai menjadi lumrah sejak alam sekolah, pelajar yang gemuk sering menjadi mangsa buli dan turut diberi gelaran seperti Bob, gajah, badak dan sebagainya.

Budaya tidak sihat itu sememangnya tidak wajar berlaku, namun mereka yang bertubuh gempal juga perlu berusaha untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Defisit kalori

Dalam perjalanan untuk mencapai berat badan ideal, penting untuk kita tahu bahawa defisit kalori adalah kunci kejayaan dalam diet.

Jadi, untuk mengurangkan berat badan berlebihan, anda perlu membakar lebih banyak kalori daripada jumlah kalori yang diambil.

file6vkfluq2m6h19r2yeg72

Individu gempal sering menjadi mangsa buli dan bahan jenaka.

Ini membuatkan ramai yang bertanya, berapakah jumlah kalori yang perlu dibakar untuk menurunkan 1 kilogram (kg) berat badan?

Pengiraan tentang kalori dan berat badan sebenarnya tidak sama untuk semua orang.

Hal ini kerana proses pembakaran dan metabolisme setiap orang adalah berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Trend menakutkan! Malaysia terus pegang rekod tertinggi obesiti di Asia

Tetapi secara umum, 0.45kg lemak dianggarkan mengandungi 3,500 kalori.

Jadi untuk mengurangkan 1kg berat badan, kita dianggarkan perlu membakar sekitar 7,700 kalori.

Jika anda mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari, maka anda akan dapat menurunkan berat badan sebanyak 1kg dalam masa seminggu.

file77kjpqy2fb9xgzvglx4

Ikuti teknik yang tepat dalam perjuangan anda untuk menurunkan berat badan.

Jika dilakukan secara teratur, maka dalam masa sebulan anda boleh menurunkan berat badan sehingga 4kg atau lebih.

Walaupun begitu, perlu diingat bahawa berat badan manusia bukan sahaja terdiri daripada lemak, tetapi juga otot, air, dan tisu lain dalam badan.

Oleh itu, akan ada banyak faktor yang mempengaruhi perjalanan dalam usaha menurunkan berat badan.

Biasanya, semakin banyak berat yang anda potong, semakin lama masa yang diperlukan untuk membakar lemak.

Jadi, kehilangan 1kg selama seminggu mungkin berlaku pada permulaan diet.

Tetapi apabila anda mencapai berat tertentu, proses ini boleh menjadi semakin perlahan. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain