suria

Jika wanita alami menopaus, lelaki pula ada andropos! Perubahan pada zakar antara 9 petanda anda berada di fasa ini

Andropos adalah penurunan hormon androgen dalam kalangan lelaki berusia.

APABILA berbicara mengenai peningkatan umur individu, topik menopaus dalam kalangan wanita sering menjadi perhatian.

Namun tahukah anda, kaum lelaki juga melalui fasa sama yang mana ia disebut sebagai andropos.

Menurut MyHealth, andropos turut dikenali sebagai ADAM iaitu penurunan hormon androgen dalam kalangan lelaki berusia.

Ia berlaku secara perlahan-lahan dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda yang jelas, berbeza dengan menopaus dalam kalangan wanita.

Andropos juga agak kerap berlaku dan dianggarkan dua hingga lima peratus lelaki mengalaminya pada usia 40 hingga 49 tahun.

Untuk lingkungan usia 50 hingga 59 tahun pula, dianggarkan enam hingga 30 peratus lelaki mengalami andropos.

Paling tinggi tentunya dalam kalangan lelaki berusia 80 tahun ke atas dengan anggaran sebanyak 91 peratus daripada mereka mengalami andropos.

Bagi yang tertanya-tanya, andropos menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan perubahan pada tubuh lelaki termasuk masalah ketegangan zakar, nafsu seks rendah, perubahan perasaan dan masalah tidur.

Many people are facing big stresses in their lives right now. Facing it in manageable steps is the key. (Dreamstime/TNS)

Lelaki berdepan banyak perubahan pada tubuh dan emosi akibat andropos.

Selain itu, andropos juga menyebabkan bulu-bulu tubuh berkurang, peningkatan lemak tubuh, hilang daya ingatan, tulang rapuh dan penurunan kekuatan otot.

Lelaki boleh melakukan ujian hormon tetosteron di hospital untuk mengetahui status mereka.

Jika paras hormon kurang 200ng/dL, lelaki dianggap mempunyai testosteron yang rendah.

Namun, jika parasnya melebihi 600ng/Dl, tiada kekurangan hormon testosteron boleh dipastikan.

Anda tidak perlu risau kerana andropos boleh dirawat dengan hormon testosteron dalam bentuk pil, suntikan, pellet jangka tidak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan serta tampalan dan jeli.

Namun, terdapat penilaian yang perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon.

Antaranya pemeriksaan asas urology, ujian darah menguji antigen spesifik untuk Prostate (PSA), ujian lemak, ujian fungsi hati dan ujian analisa sel-sel darah atau kepekatan darah.

Ingat, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda andropos, anda boleh berjumpa anggota kesihatan profesional untuk nasihat dan pemeriksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain