suria

Tak biasa makan ulam raja, tapi pensyarah UKM cemerlang temui khasiat atasi masalah nyanyuk!

Dr You Yee Xing telah menemui ubat yang berpotensi untuk masalah kehilangan daya ingatan.

SEORANG pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menemui ubat yang berpotensi untuk masalah kehilangan daya ingatan atau kebiasaannya disebut nyanyuk.

Dr You Yee Xing, berkata, ulam raja didapati berpotensi bagi mengatasi masalah tersebut disebabkan kandungan polifonesl dan antioksidan yang terdapat di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ragu-ragu nak ambil dos penggalak? Ini 3 mitos untuk anda fahami

Tumbuhan itu jelas You terbukti berkesan dalam mencegah masalah kehilangan daya ingatan selain meningkatkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas.

Dalam kajiannya, pensyarah berusia 28 tahun itu telah membangunkan ulam raja yang dapat merendahkan peroksidasi lipid, meningkatkan tahap glutation serum serta mengaktifkan fungsi otak - dalam membantu mengelakkan kemerosotan kognitif.

Dr You Kajian Ulam Raja

You melakukan pelbagai kajian dilakukan sebelum mengeluarkan suplemen tersebut.

Beliau turut menjalankan kajian terhadap 48 koresponden berusia di antara 60 dan 75 tahun dengan gangguan kognitif ringan dan separuh daripada mereka mengambil suplemen itu untuk tempoh 12 minggu.

"Masalah fungsi kongnitif dalam kalangan warga emas akan menurun apabila usia mereka meningkat.

"Untuk mengurangkan risiko dementia dan penurunan fungsi kognitif, saya tampil dengan suplemen ini untuk golongan tua dan menyelidik keberkesanannya terhadap peningkatan kognitif mereka.

"Separuh daripada mereka diberi suplemen ulam raja sementara 24 koresponden lain diberikan plasebo," katanya kepada The Star.

Untuk makluman, plasebo adalah sesuatu bahan atau rawatan dengan tiada kesan terapeutik aktif.

You yang bertugas di Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Kesihatan UKM berkata bagi mengekalkan ketelusan sepanjang ujian klinikal itu, beliau dan peserta tidak dimaklumakan mengenai pengedaran suplemen tersebut.

Suplemen X

You menjelaskan mereka yang mengambil suplemen itu menunjukkan peningkatan ketara dalam fungsi otak.

Sebelum dan selepas ujian itu dilakukan semua peserta perlu melakukan ujian lipid serum, selain gula dalam darah, buah pinggang dan fungsi hati bagi memastikan suplemen itu selamat dimakan.

"Mereka yang mengambil suplemen itu menunjukkan peningkatan ketara dalam fungsi otak berbanding peserta yang mengambil plasebo.

"Suplemen itu juga meningkatkan fungsi kognitif secara keseluruhan, memori selain mengurangkan tekanan dan memperbaiki mood mereka.

"Ini membuktikan bahawa ulam raja yang tinggi dengan antioksidan dan nutrien lain boleh membantu mencegah kemerosotan kognitif dalam kalangan warga emas," dakwanya.

Sementara itu, You berkata, kajian itu menggunakan kaedah pengimejan resonans magnetik fungsional atau MRI fungsional (fMRI) untuk menguji fungsi kognitif peserta sebelum dan selepas pengambilan suplemen itu.

Dr You dan Pesakit

You membuat ujian kognitif dan memori terhadap salah seorang koresponden yang menunjukkan perubahan positif.

Mengakui tidak biasa mengambil ulam raja dalam diet sehariannya, You berkata, dia pada awalnya teragak-agak apabila herba itu dicadangkan kepadanya.

Bagaimanapun pandangannya mula berubah selepas menjalankan pelbagai kajian mendalam mengenainya selain melihat pelbagai khasiat tumbuh-tumbuhan itu.

Sepanjang kajian itu, You telah menerbitkan 23 kertas kerja, jurnal dan bab buku yang berkaitan dengan bidang pengajian ulam raja.

Dalam perkembangan lain, You dianugerahkan Anugerah Emas Kedoktoran daripada UKM untuk tesisnya yang bertajuk “Cosmos Caudatus supplementation as an ulam consumption modelling to improve cognitive function among older adults’ mild cognitive impairment”. Anugerah itu disampaikan kepadanya pada majlis konvokesyen UKM ke-49 pada 27 November lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Profesor Datuk Dr Abdul Wahab Mohammad berkata, penyelidikan seumpama itu penting untuk negara memandangkan Malaysia mempunyai kekayaan ulam dan herba tempatan.

"Ini harus diterokai kerana ia boleh meningkatkan nilai sumber tempatan kita.

"Selain menjalankan penyelidikan cemerlang dan penemuannya boleh diterbitkan di peringkat antarabangsa, You juga berjaya menemui penjelasan sainstifik tentang sesuatu yang telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak sekian lama," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain