suria

Betul ke menangis boleh beri manfaat? Ini yang akan berlaku jika kita keluarkan air mata

Menangis bukan sahaja boleh memberi kelegaan tetapi kebaikan kepada mata anda.

MENANGIS bukanlah sesuatu tindakan yang memalukan tidak kiralah berapa umur dan apa jua jantina anda, jadi jangan takut untuk mengalirkan air mata.

Adalah perkara normal jika anda menangis disebabkan berasa sedih atau terlalu gembira kerana air mata tidak semestinya bermaksud seseorang itu sedang berduka sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat susut mendadak walau tidak bersenam atau diet? Anda mungkin alami masalah ini

Selain itu, pakar juga mengatakan bahawa menangis mempunyai manfaat, bukanlah menandakan kesedihan semata mata.

Tidak ada ketetapan atau indikasi berapa kerap seseorang manusia itu harus menangis tetapi menurut Women Health Mag, wanita biasanya mengalirkan air mata antara 30 dan 64 kali setahun.

Malah, Craig Smith, seorang profesor psikologi dan pembangunan manusia di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat berkata menangis setiap hari adalah perkara biasa.

Terdapat beberapa kebaikan boleh diperoleh jika kita menangis, antaranya:

1. Melegakan tekanan

Menangis apabila anda berasa letih atau terlalu banyak perkara menekan dalam satu masa.

Satu kajian menunjukkan bahawa mengalirkan air mata kerana emosi sedih boleh mengurangkan tahap tekanan, menjadikan anda berasa lebih baik selepas itu.

American Academy of Ophthalmology mengatakan air mata emosi mempunyai tahap hormon tekanan lebih tinggi.

nangis 6

2. Meningkatkan mood

Selain membantu meredakan kesakitan, menangis, khususnya teresak-esak, boleh menaikkan semangat anda.

Apabila menangis, anda secara tidak langsung menghirup udara dengan cepat berbanding kebiasaannya.

Menghirup udara yang lebih sejuk boleh membantu mengawal bahkan menurunkan suhu pada otak anda.

Otak yang tenang lebih membuatkan badan dan minda anda lebih selesa daripada otak yang hangat dan tegang.

Kesannya adalah mood anda mungkin bertambah baik selepas 'episod menangis' ini.

3. Mengukuhkan hubungan

Menangis di sekeliling orang yang anda percayai boleh meningkatkan tahap kukuh sesebuah hubungan.

Terutamanya dalam kes kehilangan atau menghadapi bencana bersama atau peristiwa ngeri lain, menangis bersama merupakan cara untuk merapatkan hubungan dengan orang lain dan membina hubungan bersama.

Selain membantu orang lain bertenang, menangis juga boleh memudahkan dan memberi isyarat kepada orang sekeliling yang kita sedang memerlukan sokongan emosi.

Menangis boleh membuka ruang sokongan daripada orang di sekeliling kita dikenali sebagai faedah kepada interpersonal atau sosial.

4. Menenangkan dan mudah tidur

Menangis mungkin mempunyai kesan serta-merta dan menenangkan kepada seseorang yang mengalami masalah atau kesedihan.

Seperti yang dilaporkan oleh Medical News Today, kajian itu menjelaskan bagaimana menangis mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (PNS) yang boleh membantu manusia berasa lega selepas menangis.

Bukan itu sahaja, menangis boleh membantu anda tidur dengan lebih lena.

Walaupun tidak ada kajian serupa pada orang dewasa, kesan tangisan yang menenangkan, meningkatkan mood dan melegakan kesakitan boleh membantu seseorang tidur dengan lebih mudah.

5. Melawan bakteria dan melindungi mata

Menangis boleh membunuh bakteria dan memastikan mata anda bersih kerana air mata mengandungi cecair yang dipanggil lisozim.

Lysozyme mempunyai sifat antimikrob tinggi kandungan yang boleh membantu mengurangkan risiko disebabkan agen bioteror, seperti anthrax.

Kita selalu terdedah kepada beribu-ribu, mahupun berjuta-juta zarah habuk, kotoran, dan serpihan lain masuk ke dalam mata kita.

Ini boleh menyebabkan kerengsaan dan berpotensi membahayakan mata dan seterusnya, penglihatan kita.

Apabila menangis, mata kita sebenarnya sedang membersihkan diri yang boleh membantu menghilangkan kotoran ini dan melindungi organ penting ini.

Setiap orang melalui proses berduka dengan cara yang berbeza tetapi jika anda mendapati tangisan anda melampau atau mula mengganggu kehidupan seharian, mungkin idea yang baik untuk menghubungi doktor pakar segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

menangis, sendu, kebaikan, tip, penjagaan mata, isuke,

Artikel Lain