suria

Alami kebas untuk tempoh lama... Jaga-jaga, anda mungkin berdepan risiko penyakit ini

Rasa kebas kaki boleh dialami sesiapa saja apabila duduk bersila atau bersimpuh di atas lantai dalam tempoh yang lama.

PERNAH atau tidak anda rasa kebas pada kaki setelah duduk bersimpuh atau bersila di lantai dalam jangka masa yang lama?

Keadaan ini juga dipanggil paresthesias, bermaksud kehilangan rasa atau kesemutan pada kulit seseorang tanpa kesan fizikal dalam jangka panjang di bahagian tertentu badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini sedih masih ada golongan tolak ilmu, belajar dan mengajar Mandarin dikatakan ‘agungkan bahasa bangsa lain‘

Kadang-kadang, orang memanggil keadaan ini sebagai semut sementara sahaja oleh kerana jarang kaki kita berasa kebas selepas duduk atau baring dalam tempoh yang lama.

Namun, masalah kebas ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia berkemungkinan simptom penyakit lain yang mungkin anda tidak tahu.

Oleh itu, jika anda sering menghadapi masalah kebas berlarutan lebih daripada beberapa minit, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Apakah punca kebas kaki?

Terdapat banyak punca hingga menyebabkan seseorang itu alami kebas kaki. Antaranya:

kebas

1. Duduk terlalu lama

Biasanya kalau duduk dalam satu jangka masa terlalu lama, urat-urat di kaki akan mula ditindih.

Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami rasa kebas dan sensasi sesemut pada bahagian kaki.

Tidak perlu bimbang kerana keadaan ini selalunya tidak kekal lama dan akan pulih selepas beberapa minit.

2. Kaki kebas semasa bersenam

Kadangkala, kaki anda boleh menjadi sakit dan kebas ketika bersenam.

Aktiviti larian boleh memberikan tekanan kepada saraf dan menyebabkan kaki menjadi kebas.

Bersukan dalam tempoh yang lama juga boleh menjadi faktor masalah ini berlaku seperti mengayuh basikal ditambah pula jika seseorang itu memakai kasut terlalu ketat.

Bagaimanapun, sama seperti kaki berasa kebas ketika duduk, mereka yang mengalami sesemut ketika bersenam juga tidak akan mengalaminya dalam jangka masa panjang.

Secara kebiasaanya, kebas pada kaki akan hilang secara beransur setelah anda selesai bersenam.

Jika mahukan kelegaan dengan kadar segera, goyang-goyangkan kaki anda sedikit untuk menggalakkan pengaliran darah.

kebas 5

3. Kaki kebas disebabkan penyakit

Rasa kebas pada bahagian kaki mungkin merupakan tanda penyakit yang serius jika ia berlaku berulang kali.

Sebagai contoh, sesemut yang anda alami mungkin berlaku disebabkan:

Penyakit sklerosis berbilang

Sejenis penyakit jangka panjang yang boleh menjejaskan otak, saraf tunjang dan saraf optik pada mata.

Kebas kaki berlaku disebabkan sklerosis berbilang boleh mengakibatkan rasa sakit dan gatal.

Malah, rasa kebas ini kadangkala boleh menjadi amat serius sehinggakan pesakit tidak mampu berjalan dengan baik.

Penyakit diabetes

Kadar gula tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan saraf, lebih-lebih lagi jika ia dibiarkan berlarutan dalam satu jangka masa lama.

Satu penyakit yang terjadi disebabkan kerosakan saraf di luar kawasan otak dan saraf tunjang.

Pesakit mengalami keadaan ini akan rasa lemah dan kerap diserang rasa kebas pada kawasan tangan dan kaki.

Penyakit arteri periferal

Penyakit ini berlaku apabila arteri (pembuluh nadi) pada kawasan kaki atau tangan menjadi sempit.

Kaki atau tangan pesakit arteri periferal selalunya akan menjadi kebas kerana tidak menerima bekalan darah mencukupi.

kebas 2

Kaki kebas mungkin perkara biasa dan tidak serius dalam sesetengah keadaan.

Tetapi jika ia berlaku dengan kerap dan menyebabkan kesakitan, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan kadar segera.

Rasa kebas pada kaki yang berlaku disebabkan duduk terlalu lama boleh dihilangkan dengan cara mengurut tempat yang terkesan.

Anda juga boleh meletakkan pek ais di atas kaki anda selama 15 minit untuk mengurangkan rasa kebas ini.

Kadangkala, masalah kejang atau kebas yang anda alami merupakan simptom kepada penyakit lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain