suria

Ambil tahu tentang penyakit kencing tikus sebelum berkelah atau mandi manda di air terjun

Leptospirosis merupakan penyakit bawaan haiwan yang berlaku akibat jangkitan bakteria spirochete.

SEJAK kebelakangan ini, makin ramai rakyat Malaysia yang gemar meluangkan masa hujung minggu mereka untuk pergi mandi-manda di kawasan sungai dan air terjun.

Maklumlah, sudah lama rasanya kita terperap di rumah gara-gara penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Varian Delta: Fahami tentang penyebarannya dan mengapa ia berbahaya

Tetapi, dalam kita berseronok meluangkan masa beriadah di sungai atau air terjun, pastikan kita sentiasa menjaga kesihatan diri bukan hanya daripada virus Covid-19, tetapi juga daripada penyakit yang sering dikaitkan dengan aktiviti di sungai, iaitu leptospirosis

Leptospirosis atau lebih dikenali dengan nama kencing tikus merupakan antara penyakit berjangkit yang sering berlaku di Malaysia.

beaver-rat-3541455_1920

Kes Leptospirosis pertama direkodkan di Malaysia dilaporkan sekitar tahun 1925.

Leptospirosis merupakan penyakit zoonotik atau penyakit bawaan haiwan yang berlaku akibat jangkitan bakteria spirochete, iaitu spesies leptospira interrogans.

Selain tikus, haiwan-haiwan dalam spesis rodensia lain seperti tupai, tikus belanda, arnab, guinea pig dan lain lain turut menjadi punca penyakit ini.

Bukan itu saja, haiwan lain seperti anjing, kucing, lembu dan babi juga boleh menjadi pembawa bakteria ini.

Pesakit yang dijangkiti leptospirosis akan menunjukkan gejala-gejala seperti berikut:

1. Demam panas

2. Menggigil

3. Sakit kepala

4. Sakit otot

5. Mata merah

6. Cirit-birit

7. Keletihan

8. Sakit tekak

9. Sakit perut

10. Muntah-muntah

11. Demam kuning

12. Ruam

pexels-shashank-kumawat-95399

Leptospirosis boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ.

Semua di atas merupakan gejala-gejala yang berlaku ketika fasa satu jangkitan. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, pesakit akan mula menunjukkan gejala-gejala fasa dua seperti berikut;

1.Kegagalan fungsi hati dan ginjal

2. Meningtis atau jangkitan kuman pada otak

3. Sindrom Weil seperti jaundis (penyakit kuning), kegagalan fungsi ginjal, pendarahan, radang otot jantung (myocarditis) berserta degupan jantung yang abnormal (arrythmia)

4. Disseminated Intravascular Coagulopathy (DIC) atau kondisi yang menyebabkan darah membeku di dalam saluran darah.

5. Kegagalan pelbagai fungsi organ

6. Pendarahan paru-paru yang teruk sehingga mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan

7. Sepsis

svetozar-cenisev-KKPV5hGmQkA-unsplash

Virus kencing tikus boleh masuk ke dalam badan melalui luka yang terdedah.

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati. Jika anda berhasrat untuk beriadah di kawasan sungai atau air terjun, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

1. Elakkan daripada melakukan aktiviti riadah di kawasan yang tercemar dengan sampah-sarap yang boleh menjadi sarang tikus.

2. Tutup luka dengan pembalut atau plaster yang kalis air bagi mengelakkan kuman memasuki tubuh melalui luka tersebut.

3. Elakkan daripada minum air sungai.

4. Mandi di kawasan yang airnya mengalir.

5. Mandi dengan air bersih dan sabun selepas melakukan aktiviti sungai.

6. Dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami gejala ringan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain