suria

Awas! Kesepian antara 5 kesan lama duduk di rumah... ada tabiat risikokan kesihatan

Kesepian bukan sahaja mengggangu emosi tetapi boleh merisikokan kesihatan.

TEMPOH pandemik yang belum memperlihatkan tanda-tanda ia bakal berakhir memerlukan kita duduk di rumah dalam usaha mencegah penularan wabak itu.

Namun itu bukan bererti keadaan itu membolehkan kita bermalas-malasan di rumah kerana ia mampu memberi kesan kepada kesihatan akibat tabiat buruk di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan alpa... kanak-kanak dijangkiti Covid-19 terdedah sindrom MIS-C

Disebabkan itu, kita perlu menghindari lima kebiasaan buruk ketika duduk di rumah termasuklah;

Malas Bersenam

1. Tidak banyak bergerak

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, sekitar 20 peratus yang tidak bersenam ketika pandemik. Sebaliknya kita dianjurkan untuk bersenam selama 150 minit seminggu bagi memastikan kesihatan berada dalam tahap optimum.

Tidak bersenam dan kurang bergerak ketika pandemik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit kardiovaskular, diabetes dan demensia.

Lonely

2. Kesepian

Pandemik telah membuatkan kita terasing dalam dunia sosial dan mungkin membuatkan ada yang berasa sepi terutamanya pada mereka yang tinggal bersendirian.

Penyelidik mendapati perasaan sunyi dan sepi dapat memicu respon tekanan yang menyebabkan keradangan pada tubuh termasuk pada jantung, sistem imunisasi dan otak.

Beberapa kajian juga mendapati, orang yang berasa kesepian memiliki risiko lebih tinggi terkena kanser, penyakit kardiovaskular dan demensia.

Bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik, kita perlu memastikan emosi terjaga dan kerap berhubung dengan orang lain meskipun secara maya.

Stress

3. Tekanan

Tekanan dapat menyebabkan otak menghasilkan lebih banyak hormon kortisol yang boleh merosakkan kekebalan tubuh. Menurut American Cancer Society, individu yang mengalami tekanan kronik lebih mudah terkena selesema atau jangkitan virus yang lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kajian juga mengatakan tekanan dapat menyebabkan penyakit jantung, memberi kesan kepada tekanan darah dan jantung.

Tidur

4. Kurang tidur

Semakin banyak kajian mendapati kualiti tidur yang buruk dapat meningkatkan risiko penyakit serius seperti kanser, penyakit jantung hingga demensia.

Perkara itu disebabkan kerana ketika kita tidur, sistem tubuh utama memperbaiki 'diri' dan sekiranya tidak mendapatkan rehat yang cukup maka organ-organ di dalam badan tidak dapat pulih sepenuhnya.

Junk Food

5. Diet

Ramai menjadikan makanan sebagai 'escape' kerana kebosanan ketika berada di rumah. Makan segera antara menjadi pilihan kerana ia mudah selain pesanan mudah dibuat melalui aplikasi.

Pemakanan tidak seimbang bukan sahaja menyebabkan obesiti tetapi meningkatkan risiko pelbagai penyakit berbahaya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain