suria

Jangan alpa... kanak-kanak dijangkiti Covid-19 terdedah sindrom MIS-C

Ibu bapa perlu sentiasa memerhatikan gejala yang berlaku pada anak-anak sekiranya mereka terdedah kepada virus Covid-19.

SEBAHAGIAN besar kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 biasanya mengalami gejala ringan atau tidak menunjukkan sebarang simptom.

Bagaimanapun kajian terbaharu Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mendapati kanak-kanak yang terdedah kepada virus itu juga boleh mengalami gejala berat yang disebut sebagai Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).

ARTIKEL BERKAITAN: Takut sendirian, merajuk antara ciri-ciri kanak-kanak stres akibat pandemik

Sindrom ini adalah keadaan di mana bahagian tubuh yang berbeza dapat berlaku keradangan termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata atau organ pencernaan.

Keadaan ini sangat mudah berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah setahun atau memiliki penyakit tertentu seperti;

Demam

Demam antara gejala biasa yang boleh berlaku pada kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19.

1. Asma atau penyakit paru-paru kronik

2. Diabetes

3. Keadaan genetik, neurologi atau metabolik

4. Penyakit anemia sel sabit

5. Penyakit berkaitan jantung sejak lahir

6. Imunosupresi

7. Obesiti

Kebiasaannya, gejala Covid-19 pada kanak-kanak adalah mirip dengan orang dewasa seperti demam, sakit tekak, hilang deria bau, sakit sendi, sakit kepala dan sebagainya.

Bagaimanapun gejala paling umum yang berlaku pada kanak-kanak adalah demam dan batuk. Bayi di bawah usia setahun pula yang dijangkiti, mereka akan mengalami penurunan nafsu makan.

nurse takes care of the patient child in hospital bed playing with teddy bear, wearing protective masks, corona virus covid 19 protection concept,

Jangan pandang ringan terhadap gejala yang berlaku pada anak-anak.

Apabila anak dijangkiti Covid-19, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah tidak panik sebaliknya terus memantau gejala yang berlaku.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, berikan perhatian khusus sekiranya mereka mengalami gejala berikut;

1. Suhu badan mencecah 37 darjah celcius

2. Sakit tekak

3. Batuk yang tidak terkawal dan sukar bernafas

4. Cirit birit, muntah atau sakit perut

5. Sakit kepala

Sekiranya gejala-gejala ini semakin membimbangkan, kanak-kanak tidak lagi sesuai menjalani kuarantin di rumah sebaliknya perlu dihantar ke hospital untuk pemantauan daripada pakar serta mengelakkan komplikasi lebih teruk.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain