suria

Makan durian selepas suntik vaksin bahaya, ada kesan sampingan... mengarut atau betul?

Dakwaan mengatakan makan durian akan beri kesan sampingan sebelum atau selepas menerima vaksin adalah palsu.

MAKAN buah durian sama ada sebelum atau selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak memberi kesan sampingan kepada seseorang individu.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Abdul Rahman menjelaskan bahawa dakwaan itu adalah mitos dan palsu selain ia tiada sebarang hubung kait secara saintifik terhadap vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin selamat untuk ibu hamil? Ini 4 persoalan yang perlu wanita ambil tahu

"Mitos dan palsu. Durian tiada kena mengena dengan vaksin Covid-19," katanya.

Baru-baru ini, tular dakwaan mengatakan seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas menerima suntikan vaksin.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar dan kematian lelaki itu disebabkan serangan jantung.



Baru-baru ini tular dakwaan mengatakan seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas divaksin.

Dr Arisman turut memberitahu sekiranya seseorang itu mengalami alahan terhadap durian, mereka juga masih boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, Dr Arisman menjelaskan bagaimana seseorang dengan penyakit tertentu boleh memudaratkan kesihatannya dan berdepan risiko kematian sekiranya makan durian berlebihan atau dalam kuantiti banyak pada satu-satu masa.

Sebagai contoh katanya, pesakit yang mempunyai masalah jantung atau kegagalan buah pinggang tidak digalakkan makan buah durian kerana ia mengandungi garam kalium atau potasium yang tinggi.

"Sekiranya dimakan berlebihan melebihi paras bahaya dan masuk ke dalam aliran darah, keadaan ini boleh menyebabkan hiperkalemia iaitu keadaan di mana kadar kalium dalam darah terlalu tinggi.

"Gejala yang muncul akibat hiperkalemia boleh menjadi pelbagai termasuk lemah otot, mengalami kesemutan dan gangguan degupan gantung," ujarnya.



Durian memang enak tapi makanlah secara sederhana.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Atas sebab itu, Dr Arisman turut menasihatkan agar individu berisiko mengawal pengambilan durian agar tidak menggangu kesihatan mereka.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu sebarang maklumat diterima untuk dipastikan kebenarannya.

Dr Noor Azmi mengingatkan agar orang ramai tidak terlalu teruja berkongsi informasi yang tidak tepat tanpa mengetahui kesahihannya.

"Jangan hantar (sebar), biarlah kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjawabnya dan menjelaskan secara saintifik dan data," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain