suria

Berdegup laju tak semestinya sakit jantung... Ketahui 10 penyebabnya!

Degupan jantung yang laju bukan disebabkan oleh penyakit berkaitan jantung sahaja.

KETIKA jantung berdegup dengan lebih laju, pasti kita akan terfikir sesuatu yang buruk sedang berlaku termasuk berkaitan penyakit jantung.

Benar, salah satu tanda penyakit jantung adalah organ itu berdegup dengan lebih cepat tetapi perlu diingat, penyebabnya boleh disebabkan perkara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin selamat untuk ibu hamil? Ini 4 persoalan yang perlu wanita ambil tahu

Fahami bahawa, degupan jantung normal bagi orang dewasa di antara 60-100 kali setiap minit. Bagi degupan jantung yang lebih daripada 100 setiap minit dikenali sebagai palpitations (berdebar-debar).

Ketika jantung berdegup lebih daripada 100 kali setiap minit, keadaan itu boleh menjadi tanda penyakit jantung takikardia.



Senaman boleh meningkatkan degupan jantung.

Penyebab jantung berdebar boleh disebabkan gaya hidup, perubahan hormon dan penyakit berkaitan jantung. Alasan lain termasuklah;

1. Tekanan dan rasa cemas

Emosi yang tidak terkawal ketika tertekan dan perasaan cemas dapat memicu pelepasan hormon yang boleh mempercepatkan degupan jantung.

2. Senaman

Senaman dapat meningkatkan degupan jantung. Bagi yang sudah terbiasa bersenam, jantung boleh berdegup kencang apabila sudah lama tidak bersenam atau keadaan tubuh yang tidak berstamina.



Kafien juga boleh menyebabkan peningkatan degupan jantung dalam seminit.

3. Kafein

Kafein yang terdapat dalam kopi, teh, cokelat, soda, minuman bertenaga termasuk dalam kelompok yang dapat meningkatkan degupan jantung.

4. Merokok

Zat kimia yang terdapat dalam rokok mampu meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan degupan jantung. Bagi yang meninggalkan tabiat merokok, degupan jantung boleh menjadi laju sehingga sebulan selepas berhenti merokok.

5. Perubahan hormon

Wanita biasanya boleh merasai degupan jantung menjadi lebih cepat ketika haid, hamil atau ketika proses menopause. Perkara itu disebabkan perubahan hormon.



Menjaga kesihatan jantung sangat penting.

6. Demam

Ketika seseorang mengalami demam panas, tubuh akan menggunakan lebih banyak tenaga daripada biasanya dan ia menyebabkan jantung berdegup lebih laju.

7. Kesan sampingan ubat tertentu

Beberapa ubat memiliki kesan sampingan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih cepat seperti antibiotik, ubat batuk, ubat pelangsing, ubat darah tinggi dan sebagainya.

8. Gula dalam darah rendah

Ketika kadar gula dalam darah menurun, tubuh akan mengeluarkan hormon stres seperti adernalin sekaligus menyebabkan jantung berdegup laju disamping rasa cemas dan gementar.

9. Kelenjar tiroid terlalu aktif

Kelenjar tiroid berfungsi untuk mengatur metabolisme dalam badan. Ketika ia terlalu aktif, jantung boleh berdegup dengan lebih cepat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

10. Penyakit jantung

Penyakit jantung seperti fibrilasi atrium, takikardia, atau ventrikel prematur bisa jadi penyebab jantung berdegup kencang.

Bila kita harus berhati-hati?

Mungkin penyebab jantung berdegup laju bukan disebabkan penyakit jantung tetapi ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian, termasuklah;

1. Berulang dan kerap berlaku.

2. Kerap terjadi tanpa sebab seperti senaman, tekanan, minuman kafein atau pengambilan ubat.

3. Disertai tanda penyakit jantung seperti sakit dada, rasa mual, sesak nafas dan berpeluh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain