suria

Seolah-olah boleh hidu PKP 3.0, wanita ini buat persiapan raya sejak 2 bulan lalu

Khaliliah Abdul Halim sudah membuat persiapan Aidilfitri sejak dua bulan lalu.

MELIHAT kepada jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari dan dapat menjangkakan kerajaan akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Khaliliah Abdul Halim terpanggil untuk membuat persiapan Aidilfitri lebih awal iaitu sejak dua bulan lalu.

"Saya sudah jangka kita tidak akan dibenarkan pulang ke kampung, jadi saya lakukan persiapan awal agar anak-anak dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira di rumah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga sejak hari pertama di universiti, pelajar bawa sahabat ada masalah penglihatan balik kampung... tak sanggup biar beraya seorang diri di kampus

Guru berusia 38 tahun itu memberitahu dia mula membeli pakaian dan kelengkapan raya untuk keluarganya sejak Mac lalu kerana tidak mahu anak-anak berasa letih sekiranya membeli-belah ketika bulan Ramadan.

Tidak hanya itu, Kaliliah turut mencadangkan kepada adik-beradiknya agar ibu mereka yang kini berusia 71 tahun menyambut hari raya bersama salah seorang daripada mereka.

"Saya bertuah, saya dapat pulang ke kampung menyambut hari raya bersama ibu ketika PKP tahun lalu. Saya tak mahu ibu beraya seorang diri tahun ini.



Rajin... Dua anaknya. Ahmad Zakwan dan Auni Zara turut membantunya membuat persiapan.

"Abang saya yang juga seorang akauntan di Selangor membawa ibu pulang ke rumahnya sebelum Ramadan. Kebetulan dia juga bekerja dari rumah, jadi dapat menjaga ibu," ujarnya.

Sementara itu, Khaliliah berkata, berita Pulau Pinang diletakkan di bawah PKP pada Sabtu lalu, dianggap sebagai ujian Allah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun itu bukan bermakna mereka sekeluarga tidak boleh bergembira menyambut Aidilfitri sebaliknya akan memanfaatkan cuti raya nanti untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

"Kami tinggal di Central Seberang Prai yang juga di bawah PKP, jadi kita tak dibenarkan ziarah atau menjemput tetamu pada hari raya terutamanya," ujarnya yang tetap akan memasak rendang bersama lemang iaitu juadah kegemaran mereka sekeluarga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain