suria

Jagalah kesihatan ketika pandemik! 5 vitamin ini mampu tingkatkan sistem pertahanan tubuh manusia

Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan vitamin.

KETIKA pandemik daya pertahanan tubuh yang kuat sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin yang lengkap.

Sayangnya, tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin dan kerana itu kita perlu mengambil daripada sumber lain terutamanya makanan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kajian mendapati semakin ramai mula abaikan amalan cuci tangan

Tapi tahukah anda apakah vitamin yang diperlukan tubuh manusia agar dapat berfungsi dengan baik serta mencegah penyakit?

1. Vitamin C

Kekurangan vitamin C memudahkan manusia terkena pelbagai penyakit. Bagaimanapun sumber mendapatkannya sangat mudah melalui pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau, cili, bayam, strawberi dan brokoli.

2. Vitamin D

Vitamin D diperlukan manusia untuk memperkuatkan daya tahan tubuh kerana ia mampu mengaktifkan sel T untuk menghasilkan lebih banyak fostolipase C-y1 yang diperlukan sistem pertahanan tubuh manusia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sumber vitamin D adalah melalui ikan berlemak seperti salmon dan tuna, kuning telur dan hati lembu.



Buah-buahan dan sayur-sayuran cukup kaya dengan vitamin.

3. Vitamin A

Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang diperlukan untuk meningkatkan daya tahan tubuh yang kuat kerana ia memiliki kesan seperti antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh.

Kita dapat mengkonsumsi makanan tinggi karotenoid, seperti lobak merah, labu kuning, dan ubi. Senyawa karotenoid akan diubah menjadi vitamin A dalam tubuh.

4. Vitamin E

Vitamin E bukan hanya sekadar vitamin untuk pertahanan tubuh, tetapi ia merupakan antioksidan yang dapat membantu tubuh dalam berperang melawan jangkitan penyakit.

Kita boleh mendapatkan vitamin E daripada bayam, brokoli, bijirin dan kekacang.

5. Vitamin B6

Vitamin yang satu ini berperanan penting dalam proses reaksi kimia pada daya tahan tubuh. Untungnya, vitamin B-6 dapat ditemukan dengan mudah pada ayam, salmon, tuna, dan sayuran berdaun hijau.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain