suria

Awas! Pengambilan makanan ringan antara 5 pemicu kemurungan

Terdapat pelbagai sebab yang boleh memicu masalah kemurungan.

MASALAH kemurungan atau depresi bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat.

Semua sedar tentang kewujudan masalah mental ini tetapi kurangnya pendedahan terhadap punca sebenar menyebabkan kesannya lebih parah.

Lebih serius lagi statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuktikan kes kemurungan semakin meningkat sejak penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut, malas mandi antara 7 kebiasaan yang sering dilakukan penderita kemurungan

Kemurungan bukan sahaja melibatkan masalah pemikiran yang dialami, sebaliknya ada juga beberapa hal ringan yang menjadi penyebabnya.

Antara perkara penting anda perlu ambil tahu adalah tentang sekecil-kecil perbuatan atau tabiat yang boleh mencetuskan kemurungan.

Berikut merupakan lima tabiat yang tanpa disedari mendorong seseorang kepada masalah mental iaitu kemurungan.

1. Pengambilan makanan ringan

Secara tidak sedar sebenarnya pengambilan makanan ringan yang berlebihan seperti keropok, kentang goreng, gula-gula dan sebagainya mampu mendorong seseorang mengalami kemurungan.

Ada kajian mendapati seseorang yang menjaga pola makanan lebih sihat mempunyai risiko rendah untuk berdepan masalah mental ini.

Tidak dinafikan ada juga antara mereka yang stres terhadap sesuatu perkara akan menggembirakan hati dengan makan makanan ringan sehingga lupa kesan mendatang.

2. Bergantung pada gajet

Terlalu bergantung kepada teknologi sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Ia dapat merosakkan minda anda.

Kadang kala ada antara mereka melihat telefon, membuka laptop, menggunakan tablet dan menonton TV pada suatu masa.

Hal tersebut dapat mendorong gejala kemurungan dan kecemasan sosial lebih banyak.

3. Tidak banyak bergerak

Tahukah anda pergerakan tubuh badan memainkan peranan dalam masalah mental seperti kemurungan.

Biarpun terpaksa berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan banyak aktiviti lain yang boleh dibuat dan mampu mengatasi masalah kurang pergerakan.

Antaranya ada boleh lakukan senaman atau melakukan perkara yang berfaedah bagi membentuk suasana hati yang ceria.

4. Dikelilingi orang-orang negatif

Ini penting untuk kesihatan mental kerana sekiranya anda dikelilingi dengan orang-orang negatif ia secara tidak langsung menimbulkan suasana tidak baik dalam diri anda.

Fikiran akan terganggu dan anda akan menjadi seseorang yang suka mengeluh.

Cari rakan-rakan yang dapat memberikan kebaikan pada diri anda bagi mengurangkan kemungkinan berdepan masalah depresi.

5. Tidak terdedah kepada pemandangan hijau

Jika terlalu banyak terperuk di dalam rumah atau menyibukkan diri dengan suasana kerja. Anda akan merasakan diri tidak produktif sehinggakan rasa bosan yang melampau.

Hal ini berpotensi tinggi menyebabkan anda stres yang teruk sehinggakan tanpa sedar anda tergolong dalam penderita kemurungan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain