suria

Tak mampu menghidu dengan baik? Latihan mencium bau bantu pulihkan masalah anosmia

Latihan mencium bau boleh membantu mengembalikan deria bau.

CARA mengubati masalah anosmia secara semulajadi boleh dilakukan menerusi latihan mencium bau untuk mengasah deria tersebut.

Seperti diketahui, anosmia adalah keadaan di mana, hidung tidak boleh mengesan bau atau tidak peka terhadap sesuatu bau di sekeliling mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca hati berlemak bukan lagi kerana alkohol... Obesiti antara kesannya, bedah bariatrik jika gagal kurus selepas diet dan bersenam 150 minit tiap minggu!

Penyebab anosmia boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan, sinus kronik, kecederaan di kepala dan gangguan saraf seperti angin ahmar atau parkinson.

Anosmia juga merupakan gejala Covid-19 yang biasa berlaku pada pesakit.

Cara merawat anosmia dengan latihan mencium bau

New Medical melaporkan cara merawat anosmia boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan empat bahan yang memiliki aroma berbeza seperti bunga, buah-buahan seperti kulit lemon, kayu manis, kopi, vanila atau pun minyak wangi.

Pesakit hanya perlu mencium aroma bahan yang dipilih sekurang-kurangnya 30 saat, dua kali sehari.

Latihan itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya empat bulan kerana semakin lama ia dilakukan, deria bau seseorang akan bertambah baik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain