suria

Ada 5 cara jaga kesihatan... paling mudah tarik nafas dalam-dalam!

Bernafas

TERDAPAT pelbagai cara mudah untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dan paling penting tidak memerlukan waktu yang lama.

Percaya atau tidak, dalam tempoh 60 saat, ada mampu melakukan sesuatu yang menyihatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan air putih je, penghidap diabetes boleh minum 4 minuman ini!

1. Rajin guna benang gigi

Biasakan mencuci gigi anda menggunakan dental floss atau benang gigi kerana ia bukan sahaja mudah dan cepat malah mampu membersihkan celah gigi daripada kuman dan kotoran serta membuatkan nafas lebih segar.

Tidak hanya itu, ia juga mampu mengekang sisa makanan dan bakteria daripada membentuk karang gigi.

2. Berkumur

Berkumur dengan pembersih mulut memaksimakan kebersihan dan kesihatan mulut. Menurut kajian, penggunaan pembersih mulut cukup baik untuk membunuh virus.

Sebaik-baiknya membersih mulut pada waktu pagi dan sebelum tidur.

3. Segelas air putih

Minum segelas air putih selepas bangun tidur adalah lebih baik berbanding secawan kopi. Ini kerana ketika tidur tubuh tidak mendapat air dan minum air selepas bangun dapat membuatkan operasi organ bertambah baik.

4. Cuci dan keringkan tangan

Setiap hari kita diingatkan untuk mencuci tangan setidak-tidaknya selama 20 saat.

Tidak hanya mencuci, kita juga perlu mengelap tangan dengan kering agar kuman tidak mampu hidup di celah-celah jari anda.

5. Tarik nafas dalam

Tekanan dan rasa cemas boleh mengganggu tumpuan ketika bekerja. Mengambil nafas dalam-dalam boleh melegakan tekanan yang dihadapi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain