suria

Jangan tak tahu, popcorn cukup banyak manfaat untuk kesihatan kalau makan cara betul!

Bertih jagung bukan sahaja enak dimakan tetapi mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan.

BERTIH jagung atau popcorn memang sedap dimakan terutamanya ketika menonton wayang, tetapi tahukah anda bahawa ia juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan?

Popcorn merupakan salah satu makanan ringan yang kaya dengan nutrisi penting yang diperlukan tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti makan karbohidrat memang boleh kurus tapi yang pasti ada kesannya

Cuma sayangnya, ia sering kali disajikan dengan penambahan gula, garam serta caramel dalam jumlah berlebihan yang membuatkannya menjadi makanan tidak sihat.

Banyak kajian yang mengaitkan pengambilan bijirin dengan kesihatan seperti mengurangkan keradangan serta menurunkan risiko penyakit jantung!

Dalam setiap 100 gram popcorn tanpa sebarang penambahan bahan lain, ia mengandungi vitamin B1, B3, dan B6. Ia juga kaya dengan zat besi, magnesium, fostor, kalium, zync dan mangan.



Bagi mendapat kebaikan popcorn, sebaik-baiknya jangan makan yang telah dicampur dengan bahan atau perisa tambahan.

Popcorn juga kaya dengan serat iaitu sebanyak 15 gram dalam setiap 100 gram.

Polifenol merupakan antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas.

Healthline melaporkan, kajian yang dilakukan University Scranton mendapati popcorn mengandungi polifenol dalam jumlah yang banyak.

Ia kompenan yang cukup baik dalam melancarkan darah, meningkatkan kesihatan penghadaman dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk kanser.

Popcorn adalah sumber serat yang cukup tinggi malah beberapa kajian yang dilakukan mendapati serat di dalamnya dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung, obesiti dan diabetes jenis 2.

Serat juga dapat membantu mengurangkan berat badan dan ia makanan cukup sesuai dimasukkan dalam diet.

Ini kerana ia mempunyai kalori dan kepadatan tenaga yang rendah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain