suria

Kenali serangan 'mask anxiety'... tapi jangan bimbang ada langkah membendungnya

Serangan panik boleh berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka.

MEMAKAI pelitup wajah ketika melakukan aktiviti di luar rumah masih menjadi perdebatan di beberapa negara.

Sebahagian daripada mereka merasakan ia penting untuk menghalang penyebaran virus dan ada pula merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

Bagaimanapun, ada pula segelintir yang bukan mahu mengingkari arahan pemakaian wajib pelitup muka tetapi penggunaan mask membuatkan mereka berasa tertekan dan panik.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil mudah... elak pakaikan mask untuk bayi anda!

Kebimbangan atau ketakutan ketika memakai pelitup muka juga dikenali sebagai mask anxiety.



Memakai pelitup muka ditempat awam yang sesak dengan orang boleh menyebabkan serangan panik.

Ketakutan ini merupakan masalah besar bagi individu yang memiliki masalah kebimbangan melampau atau klaustrofobia (fobia terhadap ruang atau tempat tertutup).

Pakar psikiatri, Dr. Brian Barnett memberitahu, gejala mask anxiety biasanya boleh melibatkan degupan jantung yang pantas, sesak nafas, berpeluh dan berasa pening kepala.

Bagi yang tidak pernah mengalami simptom tersebut, mask anxiety boleh menyerang tanpa sedar yang membuatkan mereka lebih cemas dan takut.

Dr. Brian memberitahu masalah itu boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan dan terapi selain beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa takut serta cemas ketika memakai pelitup muka.



Mask anxiety juga boleh berlaku pada kanak-kanak.

Bagi memastikan kita tidak sensitif terhadap pelitup muka yang dipakai, Dr. Brian menyarankan agar biasakan diri memakai mask di rumah.

Dengan cara itu, tidak timbul masalah ketika perlu memakainya di luar rumah kerana kita sudah cuba menyesuaikan diri.

Dr. Brian memberitahu, sebaik-baiknya cuba beberapa jenis pelitup muka bagi mengenal pasti jenis yang mana membuatkan kita berasa selesa.

Nak lagi selesa, sapukan wangian atau bau-bauan aromaterapi pada mask sebagai cara menenangkan anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
pelitup muka, mask, anxiety, panik, Covid-19

Artikel Berkaitan

Artikel Lain