suria

Awas anak muda! Jika alami tekanan darah tinggi, segera lakukan 5 perkara ini

Masalah tekanan darah tinggi dalam kalangan orang muda semakin membimbangkan.

TEKANAN darah tinggi bukan hanya dialami mereka yang sudah berusia kerana ketika ini semakin ramai golongan muda menderita hipertensi.

Individu yang termasuk dalam kategori pre-hipertensi apabila keadaan tekanan darahnya belum mencapai kategori tekanan darah tinggi, tetapi sudah melebihi paras normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya luka kaki pesakit diabetes... kalau kena potong jangan putus asa!

Tekanan darah boleh berubah dan ia dipengaruhi oleh aktiviti tubuh, rehat, suhu badan, diet, emosi dan ubat-ubatan.

Ketika tekanan darah tinggi, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Pembuluh darah akan mendapat tekanan kuat kerana darah sukar mengalir dengan lancar.



Lebihan berat badan antara punca seseorang boleh terkena hipertensi.

Penyebab darah tinggi di usia muda

Umumnya, penyebab darah tinggi di usia muda tidak dapat dipastikan namun keadaan itu biasanya berkaitan dengan gangguan kesihatan pada orang lain seperti;

1. Masalah ginjal

2. Penyakit paru-paru

3. Penyakit jantung



Bagi yang merokok, sudah tiba masanya untuk mengubah tabiat buruk itu.

4. Genetik

5. Gangguan hormon

6. Obesiti

Di samping itu, risiko seseorang mengalami hipertensi di usia muda juga dipengaruhi oleh keadaan kesihatan, genetik atau keturunan serta gaya hidup.

Remaja dengan lebihan berat badan cenderung dan berisiko tinggi mengalami tekanan darah tinggi selain;



Senaman secara tetap sangat membantu mengawal tekanan darah.

1. Sejarah keluarga dengan hipertensi

2. Diabetes Jenis 2

3. Tahap kolestrol tinggi

4. Pengambilan garam berlebihan

5. Merokok

6. Tidak bersenam



Pemakanan juga memainkan peranan dalam memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga.

Adalah amat penting untuk mengawal keadaan tekanan darah tinggi kerana jika tidak berbuat demikian, seseorang lebih terdedah kepada penyakit lain seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Berikut adalah cara menurunkan tekanan darah tinggi di usia muda;

1. Pemakanan sihat

2. Minum banyak air putih

3. Berhenti merokok

4. Bersenam secara tetap

5. Mengawal berat badan

Jika tiada perkembangan positif selepas melakukan semua langkah-langkah tersebut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian saringan dan mengambil ubat hipertensi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain