suria

Fakta... Menangis bukan sebab tak macho tapi tanda kita kuat!

Menangis bukanlah perkara yang buruk sebaliknya ia membantu kita dalam mengharungi sesuatu situasi.

MENANGIS sering dianggap sebagai tanda kelemahan dan tak macho sekiranya lelaki menitiskan air mata.

Bagaimanapun hal itu sebenarnya tidak betul, sebaliknya ia memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ais krim memang sedap, tapi betul ke boleh tukar 'mood' sedih kepada gembira?

Namun sayangnya, ramai daripada kita, cukup keras hati dan menahan diri daripada mengalirkan air mata serta menzahirkan kesedihan mereka melalui menangis.



Menangis bukan sahaja kerana sedih tetapi kegembiraan.

Menahan perasaan itu adalah perkara menyakitkan kerana ia mempunyai tenaga, kata pensyarah psikologi Universiti California, Stephen Sideroff.

"Ketika kita menahan perasaan sedih dan tangisan, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada badan kerana tubuh ingin melepaskannya," katanya.

Jadi kata Stephen, setiap kali marah, sedih, kita harus melepaskannya kerana ia boleh bertukar tenaga negatif di dalam badan termasuklah melepaskan kemarahan pada orang lain atau bertindak ganas.



Air mata dapat mengurangkan tekanan yang sedang kita hadapi.

Jelasnya menangis adalah bahagian penting dalam merawat dan mencintai diri sendiri serta mampu memberi manfaat kepada tubuh, fikiran dan jiwa seseorang.

Air mata juga sebenarnya dapat mengurangkan tekanan yang kita rasai apabila dapat meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.

Apabila menangis, kita sebenarnya menunjukkan diri kita juga mempunyai perasaan dan ia perlu ditunjukkan agar diri kita lebih dihargai.

"Ramai orang akan berasa lebih baik selepas menangis sebabnya ia memaksa kita untuk melihat kembali apa penyebabnya dan kita dapat memahami apa yang penting bagi diri sendiri," jelasnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Menangis, Emosi, Perasaan, Gembira, Sedih, Air Mata

Artikel Lain