Awas bahaya metanol dalam hand sanitizer... punca keracunan dan kematian!

FDA mengesan 75 jenama hand sanitizer menggunakan metanol dalam produk mereka.

PENTADBIRAN Ubat-Ubatan Makanan (FDA) menemukan kandungan berbahaya dalam produk cecair sanitasi tangan (hand sanitizer).

FDA menyatakan kandungan metanol iaitu satu bentuk alkohol berbahaya pada produk hand sanitizer berpotensi meracun tubuh manusia melalui perantara kulit.

Ketika ini, produk pembasmi kuman itu menjadi keperluan penting sejak penularan Covid-19 sehingga membuatkan banyak perusahaan mengeluarkan hand sanitizer untuk dijual kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke guna air fryer makanan jadi lebih sihat? Ini penjelasannya...

Disebabkan itu, ada di antara mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan metanol dalam produk mereka yang jelas membahayakan kesihatan.



Pelitup muka dan hand sanitizer benda wajib dimiliki setiap orang ketika ini.

"Kegagalan pengeluar menarik balik semua produk yang mengandungi metanol akan meningkatkan risiko keracunan pada masyarakat," kata FDA dalam satu kenyataan.

FDA turut menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika membeli produk pembersih tangan itu dengan menyemak kandungan digunakan serta membeli jenama dipercayai.

Awal bulan lalu, FDA memberitahu sekurang-kurangnya terdapat empat kes kematian di New Mexico disebabkan keracunan metanol yang terdapat dalam hand sanitizer.

Alkohol jenis isopropil yang biasa digunakan dalam pembuatan hand sanitizer bagaimanapun selamat dan tidak beracun seperti metanol.



Tempat umum juga banyak disediakan hand sanitizer namun tidak diketahui kandungannya.

Bagaimanapun FDA tetap tidak menyarankan produk itu dimakan atau diminum.

"Kesan keracunan metanol boleh menyebabkan seseorang berasa mual, muntah, sakit kepala, penglihatan kabur, buta kekal, kekejangan, rosak sistem saraf dan menyebabkan kematian.

"Meskipun ia hanya digunakan pada tangan namun ia tetap berisiko untuk terkena keracunan metanol," kata FDA.

Setakat ini, FDA telah mengenal pasti penggunaan metanol lebih daripada 75 jenama dan kebanyakannya tidak menyenaraikan metanol sebagai bahan kandungannya.

Metanol, Hand Sanitizer, Racun, FDA, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia