Tak tahan bau bawang putih? Cecair pencuci mulut, ubat gigi antara 5 cara hilangkan aroma melekat pada tangan

Bawang putih boleh meninggalkan bau yang kuat pada tangan selepas memotongnya.

BAWANG putih adalah antara bahan wajib setiap kali memasak sesuatu hidangan namun sayang sekali kerana aromanya yang kuat boleh meninggalkan bau kurang enak pada tangan.

Walaupun telah dicuci berkali-kali, namun baunya masih melekat, malahan boleh menyesakkan hidung.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering diserang masalah kembung perut? Apa kata cuba 5 petua ini

Tapi sebenarnya terdapat beberapa cara mudah untuk menghilangkan bau bawang putih, termasuklah;

1. Berus cuci pinggan stainless steel

Selepas memotong bawang putih, gosok telapak tangan menggunakan berus atau span pencuci pinggan yang diperbuat daripada stainless steel selama 30 saat.

Selepas itu bilas kedua-dua tapak tangan dengan sabun dan air bersih.

2. Ubat gigi

Sapu ubat gigi pada tapak tangan dan gosok sehingga ia rata sebelum cuci dengan air bersih.

3. Pencuci mulut

Ia bukan sahaja dapat membuatkan nafas anda segar tetapi juga mampu menghilangkan bau bawang. Caranya mudah, tuangkan sedikit cecair pencuci mulut ke tangan, dan gosok rata kemudian bilas dengan air.

Bukan sahaja bau bawang putih hilang tetapi tangan akan bau segar.

4. Jus lemon

Tuangkan lemon jus ke telapak tangan dan gosok. Cecairnya akan membantu mengurangkan aroma bawang putih yang melekat pada tangan.

5. Cuka

Jika tiada lemon, cuka juga boleh menjadi alternatif bagi menghilangkan bau bawang putih. Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia