suria

Sering diserang masalah kembung perut? Apa kata cuba 5 petua ini

Beberapa jenis bahan makanan boleh mengurangkan masalah kembung perut.

DISEBABKAN gaya hidup yang sibuk kita mungkin diserang masalah dalam perut seperti kembung, kekejangan atau pedih ulu hati.

Masalah ini juga disebabkan jenis makanan yang diambil setiap hari.

Namun usah bimbang, beberapa jenis makanan di bawah ini boleh mengurangkan masalah-masalah tersebut dan dalam masa sama melancarkan penghadaman secara semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke guna air fryer makanan jadi lebih sihat? Ini penjelasannya...

Pudina



Khasiat pudina boleh mengurangkan masalah usus.

Bagi membantu penghadaman perut yang banyak meragam, anda boleh menggunakan pudina atau secawan teh panas atau sejuk. Kekejangan pada perut boleh dikurangkan dan ia mungkin membantu mengurangkan sindrom usus rengsa.

Kajian terkini menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan minyak pudina boleh mengurangkan sesetengah dari simptom-simptom sindrom usus rengsa.

Halia

Halia dikenali sebagai salah satu dari remedi semula jadi yang terbaik untuk merawat mual. Kajian klinikal menunjukkan bahawa mual dan muntah semasa hamil boleh dikurangkan menggunakan halia.

Menambah halia ke dalam teh panas atau secebis dua halia yang telah ditambah gula boleh membantu penghadaman. Halia juga adalah sejenis anti-radang dan membantu mengembangkan saluran penghadaman.



Pilih makanan yang mempunyai khasiat kesihatan
.

Jintan manis

Jintan manis dalam jumlah yang kecil boleh mengurangkan gas dan perut kembung dengan cepat. Pokoknya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami perut kembung kronik; minyaknya dipercayai mengurangkan angin lebih baik dari makanan lain.

Anda boleh hancurkan atau memotongnya, makan secara mentah atau dipanggang; anda juga boleh cuba salad jintan panggang.

Cuka epal



Cuka epal antara barang yang perlu ada di rumah anda.

Antara khasiat cuka epal ialah ia membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti refluks asid. Cuka menrangsang injap di bahagian bawah tekak membuatkan ia tertutup dengan ketat dan mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya.

Tambahan pula, ia mengandungi banyak bakteria baik yang penting dalam mengekalkan kesihatan usus anda.

Radicchio



Hidangan radicchico boleh membantu penghadaman yang baik.

Rasa pahit dalam salad atau apa-apa jenis sayur yang berwarna cerah seperti chicory mempunyai kesan tertentu terhadap kesihatan.

Lebih khusus lagi, rasa pahit pada sayur-sayuran ini akan membantu merangsang penghasilan enzim penghadaman dan membantu sistem penghadaman kita menguraikan secara semula jadi makanan yang diambil selepas salad tersebut.

Cadangan yang baik adalah untuk menyediakan radicchio bersama minyak zaitun, cuka epal dan sedikit garam sebelum menu utama. - hellodoktor

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Kembung perut, makanan, elak, pemakanan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu