Bulan madu bukan sekadar bercuti tapi banyak manfaat buat pengantin baharu

Bulan madu adalah saat indah buat pasangan suami-isteri sebelum menjalani kehidupan seharian.

DISEMBER lalu banyak pasangan yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan dan ketika ini pastinya rancangan untuk berbulan madu di luar negara sudah menjadi kenyataan.

Bulan madu bukan sekadar bercuti, sebaliknya ia adalah momen terindah bagi pasangan baharu berkahwin selepas sibuk melakukan pelbagai persiapan hari bahagia.

Tetapi ada juga menganggap bulan madu bukan satu kemestian kerana ia memerlukan kos yang besar terutama untuk bercuti ke luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat ‘tak boleh hidup’ tanpa telefon, ramai wanita alami ‘WhatsAppitis’

Namun, terdapat pelbagai manfaat sebenarnya jika pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga ini menghabiskan masa bersama selepas berkahwin termasuklah;

Bulan madu adalah peluang untuk pasangan melakukan aktiviti yang disukai. 

1. Impak positif pernikahan

Bulan madu penting kerana ia mampu memberi impak positif terhadap sebuah perkahwinan terutama sebagai memori pada masa akan datang.

Harus diakui, memulakan kehidupan berrumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah.

Ibaratnya, ini adalah saat 'bersenang-lenang' sebelum memasuki fasa baharu dalam alam perkahwinan termasuk dugaan dan cabaran sebagai suami isteri.

Sekiranya anda bertengkar atau berdepan masalah dengan pasangan, foto romantis saat berbulan madu boleh menjadi pengubat bagi mengimbau kembali tentang perkara yang membuatkan anda jatuh cinta dengan pasangan anda.

2. Waktu untuk berehat

Semua orang tahu, persiapan perkahwinan bukannya mudah sebaliknya ia menggunakan tenaga serta emosi yang banyak bagi merealisasikan majlis impian.

Oleh sebab itu, bulan madu adalah saat terbaik untuk menenangkan fikiran serta berehat bersama insan tersayang. Dan sudah tentu, ini saatnya anda boleh memanjakan diri dengan suami atau isteri serta melakukan aktiviti kegemaran.

Lokasi atau kemewahan bilik hotel bukan pengukur bulan madu anda. 

3. Bicara hati ke hati

Bulan madu juga boleh menjadi saat paling baik untuk anda suami-isteri merenung dan berbincang tentang masa depan.

Anda boleh berbual tentang pelbagai topik yang membolehkan anda mengenal antara satu sama lain. Hal ini sangat penting bagi pasangan mendalami sikap dan personaliti yang mungkin belum pernah ditonjolkan sebelum ini.

4. Bermesra

Sepanjang proses perkahwinan, barangkali anda langsung tidak berpeluang untuk memegang tangan si dia kerana terlalu leka melayan tetamu, saudara mara serta sahabat baik yang meraikan anda.

Manfaatkan bulan madu kerana inilah masanya untuk anda meluahkan kata-kata cinta, bersikap romantik serta bermesraan tanpa gangguan sebelum kembali ke dunia nyata.

Untuk merealisasikan semua perkara ini, anda sebenarnya tidak perlu bercuti ke luar negara atau menginap di hotel mewah. Sebaliknya, apa lebih penting anda gembira dan percutian itu ditemani oleh si dia yang tersayang.

Bulan Madu, Perkahwinan, Suami-isteri

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain