suria

‘Eating disorder’ tabiat yang tidak boleh dipandang remeh

Jangan pandang remeh terhadap masalah pemakanan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain. Gambar sekadar hiasan

KECELARUAN tabiat pemakanan atau eating disorder bukan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang terlalu bimbang mengenai berat badan.

Masalah pemakanan atau dikenali sebagai tabiat pemakanan yang luar biasa boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan fizikal.

Ia termasuk masalah 'nafsu' makan yang tidak betul dengan mengambil sejumlah makanan yang banyak dalam tempoh singkat.

ARTIKEL BERKAITAN:  Sering mengeluh? Ketahui kenapa anda kerap melakukannya

Menurut kajian, individu yang mengalami masalah ini berdepan dengan empat kali ketagihan untuk melakukan senaman yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan mengakibatkan kecederaan.

Tanda-tanda masalah pemakanan boleh menyebabkan masalah mental dan kecederaan.

Kajian mengenai masalah kecelaruan pemakanan ini telah diterbitkan menerusi jurnal Eating and Wight Disorder - Studies on Anorexia, Bulimia and Obesity.

Kajian ini dijalankan terhadap sekumpulan individu yang mempunyai masalah pemakanan dan mereka yang tidak mempunyai masalah ini.

Data kajian tersebut melibatkan 2,140 peserta melibatkan sembilan kajian berbeza termasuk yang dilakukan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Itali.

Kajian tersebut menemui individu mempunyai karakter gangguan pemakanan lebih dengan peratusan 3.7 peratus lebih menderita ketagih untuk melakukan senaman berbanding dengan individu yang tidak mengalami gangguan ini.

"Didapati mereka yang mengalami gangguan pemakanan ini lebih ketagih dengan personaliti dan obsessive-compulsive behaviours," jelas Mike Trott dari Universiti Anglia Ruskin (ARU), UK.

"Kajian ini turut menunjukkan tanda-tanda masalah pemakanan yang boleh menyebabkan peningkatan kepada aktiviti senaman tidak sihat dan membawa kepada kemungkinan negatif termasuk masalah mental dan kecederaan," tambah Trott.

Artikel Lain