suria

Akibat ‘tak boleh hidup’ tanpa telefon, ramai wanita alami ‘WhatsAppitis’

Wanita didapati lebih ramai mengalami masalah WhatsAppitis.

MAJORITI setiap individu memilik sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit tanpa mengira jenama.

Jika diperhatikan, ada juga individu yang 'tidak boleh hidup'  tanpa telefon pintar disisi. Mereka ini bagaikan 'ayam berak kapur' yang serba tidak kena jika tanpa memegang telefon bimbit ini.

Rata-rata telefon pintar digunakan untuk menghantar mesej, melakukan carian di Internet, melayari media sosial atau bermain permainan video.

ARTIKEL BERKAITANKetahui 4 faktor penting ketika melalui fasa penuaan

Namun tahukah anda jika terlalu lama menggunakan jari di telefon pintar boleh mendatangkan kesan buruk yang dikenali sebagai 'WhatsAppitis'.

Apa itu WhatsAppitis?

Menurut sebuah jurnal kesihatan bertajuk The Lancet yang diterbiatkan pada 2014, seorang individu berusia 34 tahun didiagnosis mengalami sakit di bahagian pergelangan tangan selepas terlalu lama menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Dia mengadap telefon bimbit yang beratnya 130 gram sekurang-kurangnya enam jam. Pada masa sama dia turut menggerakkan kedua-dua ibu jari tangannya untuk menghantar mesej," tulis jurnal tersebut.

Terlalu lama mengguna telefon pintar boleh menyebabkan kecederan otot tangan.

Satu lagi artikel berkaitan mendedahkan mengenai seorang pemain video permainan mengalami Nintendinitis  (pada tahun 1990) meminta nasihat daripada pakar apabila apabila mengalami kecederaan di bahagian jarinya.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit dalam tempoh panjang juga boleh menyebabkan Tenopsynovitis atau ketidakselesaan di bahagian otot ibu jari tangan.

Siapa yang mengalami WhatsAppitis?

Menurut Pakar Ortopodik di Hospital Wanita,CK Birla, Dr Debashish Chanda, rata-rata yang mengalami simpton-simpton ini adalah golongan wanita.

"Isu ini lebih banyak dikaitkan dengan wanita yang keterlaluan menggunakan telefon pintar. Nisbahnya lebih tinggi dengan jumlah wanita yang mengadu sakit leher dan ibu jari tangan."

Menggunakan telefon pintar terlalu lama boleh mencederakan otot di bahagian tangan.

Tambah Dr Chandra, pesakit tidak menyedari masalah yang mereka hadapi kerana terlalu asyik dengan telefon pintar dan hanya menyedarinya apabila menjalani pemeriksaan yang mengesahkan simptonnya.

Simpton-simpton WhatsAppitis

Jari atau pergelangan berasa kebas, sakit, kejang apabila anda cuba meluruskannya. Ia juga termasuk sakit di bahagian sendi pergelangan tangan dan melibatkan otot-otot tangan.

Cara mengatasi masalah WhatsAppitis

Pesakit akan dibekalkan dengan beberapa ubat seperti anti-radang, otot atau ubat tambahan.

Selain itu, mangsa juga dinasihatkan agar mengurangkan tempoh penggunaan telefon pintar di antara 15 hingga 20 minit sahaja dalam satu-satu masa.

Artikel Lain