suria

Anda bertugas di luar waktu pejabat? Ketahui kesan kesihatan jika bekerja ‘shift’ malam

Bekerja pada sebelah malam boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan anda.

SESETENGAH orang berpendapat bekerja selepas waktu pejabat normal di antara 9 pagi hingga 5 petang dianggap lebih produktif.

Namun ada juga yang terpaksa bekerja pada waktu malam kerana mengikut prosedur syarikat masing-masing.

Situasi ini dilihat tidak pelik kerana ia memang berlaku di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Eating disorder’ tabiat yang tidak boleh dipandang remeh

Tetapi adakah bekerja pada giliran waktu malam baik untuk kesihatan anda? Kajian sains mendapati lima kesan kepada individu yang bekerja pada waktu malam.

1. Gangguan tidur

Gangguan tidur bakal menjadi rutin buat mereka yang bekerja pada waktu malam. Putaran semula jadi tubuh akan terganggu kerana dipaksa bekerja walaupun sepatutnya ketika itu anda perlu berehat.

2. Tabiat makan berubah

Jika anda berjaga sepanjang malam, tabiat pemakanan anda secara automatik akan berubah. Salah satu makanan yang dipilih adalah snek yang sememangnya diketahui ianya tidak baik untuk kesihatan. Ia juga akan memberi kesan kepada sistem penghadaman yang menyebabkan anda mengalami sembelit.

3. Berat badan bertambah

Berjaga dan bekerja pada waktu malam seperti anda melawan tindak balas semulajadi badan. Faktor berat badan boleh meningkat lebih tinggi kerana tabiat pemakanan anda ketika waktu malam.

4. Penyakit kronik

Bekerja pada waktu malam juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

5. Kehidupan sosial

Paling ketara, kehidupan sosial anda juga kan berubah kerana masa bekerja tidak sama dengan orang lain. Anda juga akan terlepas untuk meluangkan masa dengan keluarga. 

Kajian sains juga mendedahkan bahawa menghabiskan masa bersama orang tersayang serta interaksi sesama manusia boleh meningkat kualiti kesihatan yang lebih baik. Perubahan paling ketara adalah dari segi kesihatan mental dalam tempoh panjang.

Kerja, Giliran malam, kesan, kesihatan

Artikel Lain