Perhatian ibu hamil! Ambil tahu 4+4 perkara jaga kesihatan sebelum bersalin - Famili | mStar

Perhatian ibu hamil! Ambil tahu 4+4 perkara jaga kesihatan sebelum bersalin

Ibu hamil terdedah pelbagai risiko penyakit yang bukan sahaja membahayakan kesihatan diri tetapi bayi dalam kandungan.

PROSES kehamilan adalah saat istimewa bagi setiap wanita, namun ia boleh menjadi pengalaman ngeri jika berlaku pelbagai komplikasi.

Terdapat beberapa keadaan yang dilalui oleh wanita hamil yang boleh menjadi penyebab komplikasi sekiranya tidak mendapatkan pemeriksaan segera.

Stres merupakan pemicu utama wanita mengandung terdedah kepada pelbagai komplikasi yang memberi kesan kepada tekanan darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Jantung boleh berhenti bila-bila masa, ketahui punca dan rawatan

Tidak hanya itu, keadaan itu turut memberi tekanan kepada jantung termasuk peningkatan gula dalam darah.

Hal ini sebenarnya adalah perkara biasa ketika hamil dan akan hilang dengan sendirinya selepas melahirkan anak namun ada sesetengah kes ia menjadi tidak terkawal.

Wanita mengandung tidak boleh tertekan dan perlu banyak berehat.

Sebaik-baiknya, ketika hamil, ibu mengandung mengambil perhatian gejala yang berlaku terutamanya berkaitan jantung seperti;

1. Nafas pendek

2. Sakit dada

3. Cepat penat

4. Sakit kepala

Untuk menghindari masalah ini, ibu mengandung perlu banyak berehat, tidak membuatkan diri berada dalam keadaan tekanan serta menjalani kehidupan sihat sepanjang kehamilan termasuk;

1. Asid folat

Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 0.4 mg asid folat setiap hari dan pemakanan seperti telur, kekacang, sayuran, suplemen dan vitamin sangat membantu.

Pengambilan asid folat ketika hamil sangat penting bagi mengelakkan risiko kecacatan otak dan sumsum tulang belakang bayi.

Senaman sangat membantu ibu hamil. - Gambar Sekadar Hiasan

2. Zat besi

Ketika hamil adalah lebih baik mengamalkan pemakanan seperti pengambilan protien, ikan, sayuran hijau yang kaya dengan zat besi.

3. Vitamin B

Vitamin B adalah suplemen penting untuk perkembangan otak dan tubuh janin yang sihat. Ia bukan sahaja penting kepada ibu tetapi janin dalam perkembangan sistem saraf, pencernaan serta mengelakkan kelahiran cacat. Makanan seperti ikan, ayam, telur, susu dan ikan mempunyai vitamin B yang sangat tinggi.

4. Senaman

Siapa kata wanita hamil tidak boleh bersenam? Sebaliknya ia sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung anda! Tapi pastikan rutin yang dilakukan itu bersesuaian dan mendapat nasihat doktor.

Bersenam dapat membantu wanita hamil daripada masalah sakit pinggang, sembelit, risiko diabetes serta menguatkan jantung dan pembuluh darah. - KOMPAS 

Senaman , Jantung , Hamil

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M