Influenza... Fakta yang perlu anda tahu mengenai virus ini - Famili | mStar

Influenza... Fakta yang perlu anda tahu mengenai virus ini

Tahap pemulihan mangsa Influenza berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.

JUMLAH kes influenza di beberapa negeri mencatatkan peningkatan dengan kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak.

Walaupun Influenza ini menjadi sebutan setiap hari, namun ada juga yang masih belum tahu apa sebenarnya penyakit ini.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman & Neurologi, Columbia Asia Hospital Setapak, Dr Tan Wee Yong, Influenza adalah penyakit yang sebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Influenza.

ARTIKEL BERKAITAN:  Bahaya virus influenza boleh bawa maut, apa kata semak 5 tip dikongsi Dr Say

"Virus influenza yang paling biasa adalah virus influenza A dan Influenza B. Ia adalah penyakit berjangkit yang disebarkan melalui titisan udara sama ada melalui percakapan, bersin dan batuk.

"Dipercayai virus ini boleh disebarkan sejauh kira-kira dua meter," kongsinya kepada mStar.

Selsema Influenza berbeza dengan selsema biasa.

Kenali gejala Influenza

Orang yang dijangkiti akan mengalami demam tinggi, batuk, sakit otot dan kelesuan yang teruk. Kebanyakan pesakit akan mengalami kekurangan air dalam badan.

Kumpulan yang paling mudah terjejas

Orang tua berusia lebih 65 tahun, orang dengan penyakit kronik, wanita hamil dan kanak-kanak kurang daripada lima tahun. Kumpulan ini mempunyai imuniti yang kurang.

Mencagah jangkitan Influenza

Cara terbaik untuk mencegah adalah untuk mendapatkan vaksin. Disarankan supaya mengamalkan kebersihan peribadi yang asas seperti mencuci tangan lebih kerap ketika berada di luar dan pakai topeng muka di tempat terbuka serta sesak atau ketika menggunakan pengangkutan awam.

Perkara perlu dibuat sekiranya Terjejas oleh virus influenza

Doktor akan memberi ubat anti virus dan rawatan simptomatik lain seperti paracetamol, ubat batuk dan antihistamin. Pesakit disarankan menghabiskan ubat antiviral yang diberi.

Ciri-ciri dijangkiti virus influenza

Pegawai kesihatan turut membuat pemantauan kesihatan terhadap pelajar-pelajar sekolah.

Oleh kerana ciri-ciri selesema dan selesema biasa hampir sama, satu-satunya cara yang tepat untuk mendiagnosis adalah melakukan swab hidung untuk menguji virus selesema.

Anda dicadangkan untuk mengambil lebih banyak cecair, mengelakkan aktiviti berat dan isolasi daripada orang lain.

Tempoh pulih

Pemulihan biasanya berbeza bagi setiap individu. Biasanya ia mengambil masa seminggu untuk pulih, tetapi anda mungkin masih merasa lemah sehingga beberapa minggu.

Punca kes meningkat di Malaysia

Malaysia terletak di khatulistiwa, oleh itu tiada musim Influenza yang jelas di Malaysia, sekaligus bermakna negara ini akan terdapat virus influenza sepanjang tahun. Dipercayai akhir tahun adalah musim kemuncak rakyat Malaysia melancong dan melawat negara lain dan pada masa berkenaan akan membawa virus ini masuk ke Malaysia.

Influenza , Tip , Punca , Langkah

Artikel Sebelum

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain