suria

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser

Masalah obesiti tidak boleh dipandang mudah.

PAKAR penurun berat badan berharap pusat pelangsingan perlu bertegas kepada ahli-ahlinya mengenai risiko kanser jika tidak berusaha untuk segera menurunkan berat badan.

Steve Miller memberitahu pengamal diet akan tersepit dengan rutin harian, namun mereka perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 0.4 kilogram setiap minggu.

Jelasnya, jika jurulatih atau ketua mereka bertegas, ia sebenarnya boleh memberi motivasi kepada ahli-ahli lain untuk mendapatkan keputusan jangka masa panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas ! Terlebih tidur boleh sebabkan strok

Tidak dinafikan masalah gemuk atau obesiti boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser, jantung serta kencing manis Tahap 2.

Selain itu, ahli psikologi serta pakar-pakar kesihatan yang lain turut bersetuju dengan pandangan Miller yang mengakui sesetengah pusat pelangsingan badan tidak sedar pemakanan yang diambil oleh ahli-ahli mereka.

Jurulatih kesihatan perlu bertegas mengenai penurunan berat badan kepada pelatihnya.

"Saya fikir perlu ada penambahan tenaga di pusat pelangsingan badan. Kita 'perlu kejam untuk sesuatu yang baik'. Anda perlu jujur mengenai realiti gemuk kerana orang gemuk selalu mati.

"Ketua-ketua atau pelatih perlu memberitahu kepada ahli-ahli mereka mengenai perlunya menurunkan berat badan separuh daripada jumlah sebenar. Dan jika tidak berbuat demikian, anda mungkin mati kerana kanser," katanya.

Body Mass Index (BMI) digunakan oleh National Health Services (NHS) untuk mengira sama ada seseorang itu terlebih berat daripada sepatutnya.

BMI 25 hingga 29.9 adalah terlebih berat (overwwight), 30-39.9 dan 40 di kategorikan sebagai obesiti. - Dailymail

Obesiti, Diet, Pelangsing Badan, Kanser

Artikel Lain