Obses nak kulit putih? Awas wanita, jangan sampai rosakkan hati dan buah pinggang anda! - Famili | mStar

Obses nak kulit putih? Awas wanita, jangan sampai rosakkan hati dan buah pinggang anda!

Keghairahan wanita untuk memiliki kulit putih dalam jangka masa yang singkat menjadi faktor utama mengapa produk pencerah kulit muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

SESETENGAH wanita mendefinisikan kecantikan sebenar dengan memiliki kulit yang cerah, mulus dan gebu.

Maka tidak hairanlah, golongan ini sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memiliki kulit seputih salju.

Keghairahan inilah yang menjadi faktor utama mengapa produk pencerah kulit muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nisbah 1:30 wanita berpotensi menghidap kanser payudara, jom lakukan pemeriksaan awal sekarang! 

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah tindik puting, kerja shif malam boleh sebabkan kanser payudara? Jom cek 10 mitos barah pembunuh nombor 1 wanita 

Makanan tambahan kolagen serta pil dan minuman pemutih kini mendapat tempat di hati masyarakat kerana ia bukan sahaja dikatakan dapat mencantikkan dan mencerahkan kulit, malah memiliki khasiat tersendiri untuk menganjalkan tekstur kulit.

Namun tidak ramai yang sedar bahawa kolagen serta makanan tambahan untuk tujuan memutihkan ini sebenarnya adalah pembunuh senyap?

Menurut pakar nefrologi Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Darren Lee, pengambilan produk pemutih dan kolagen secara berlebihan sebenarnya dapat memberi kesan sampingan kepada fungsi hati dan buah pinggang.

Pakar nefrologi Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Darren Lee.

“Secara umumnya, semua makanan tambahan herba atau pemakanan membawa potensi risiko kepada buah pinggang yang merupakan organ penapisan utama dalam badan kita.

“Banyak ulasan telah menunjukkan kaitan makanan tambahan dengan bukti kecederaan buah pinggang, ketidakseimbangan elektrolit atau penyakit batu, sama ada dari bahan itu sendiri atau interaksi herba-dadah dengan mencampurkan beberapa bahan-bahan lain,”katanya kepada mStar.


Lambakan produk pemutih kulit di pasaran wujud disebabkan keghairahan wanita untuk memiliki kulit seputih salju.

Berikut adalah info yang anda perlu ambil tahu sebelum mencuba sebarang makanan tambahan untuk memutihkan kulit:

*Asid aristolochic, yang lazim ada dalam suplemen herba, telah dikenal pasti boleh menjadi sangat toksik kepada buah pinggang.

*Pencemaran makanan tambahan dengan logam berat seperti merkuri, arsenik atau plumbum juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang ketara.

*Pengambilan vitamin C berlebihan yang dimetabolismekan kepada beberapa produk sampingan termasuk oxalate boleh menyebabkan pemendapannya secara meluas dalam tubuh, buah pinggang dan menghasilkan pembentukan batu.

*Dos vitamin D yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan dan terlalu banyak kalsium dalam darah anda (hypercalcemia) yang menyebabkan masalah batu karang.

*Bagi golongan dewasa, jumlah harian yang disyorkan vitamin C adalah 60 hingga 100 miligram (mg).

*Tidak digalakkan untuk mengambil vitamin C melebihi 2000mg sehari.

Pengambilan produk pemutih dan kolagen secara berlebihan sebenarnya dapat memberi kesan sampingan kepada fungsi hati dan buah pinggang. (Gambar hiasan)

“Oleh itu, adalah baik untuk memeriksa dengan doktor mengenai makanan tambahan anda.

“Jangan terlalu mudah mencuba pelbagai makanan tambahan di pasaran kerana harganya yang murah atau mahal, ia tak menjamin bahawa anda boleh menjadi putih dalam hanya beberapa hari,” ujar Dr Darren.

Untuk mengekalkan buah pinggang yang sihat, tip terbaik adalah seperti berikut:

*Amalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan senaman yang kerap.

*Makan makanan yang seimbang dengan garam rendah, rendah lemak, rendah gula dan berserat.

*Pantau tekanan darah, gula dalam darah dan indeks jisim badan (BMI).

*Jangan merokok.

*Minum air yang mencukupi (1.5 hingga 2 liter sehari)

*Elakkan ubat penahan sakit (NSAIDs) berlebihan

*Lakukan pemeriksaan buah pinggang secara berkala.

produk pemutih , kolagen , buah pinggang , hati

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain