suria

Gingko tumbuhan purba mampu atasi masalah nyanyuk, pengedaran darah dan mata

Pohon gingko boleh mencecah ketinggian lebih 50 meter di China.

PELANCONG ke Korea Selatan tentu sekali akan melihat pemandangan sekeliling bandarnya sama ada di tepi jalan atau taman yang dipenuhi pokok gingko.

Ia juga ditanam dengan meluas di sekitar China, malahan ada fosil daun gingko yang ditemui mendapati ia berusia kira-kira 270 juta tahun.

Selain banyak manfaat, ia mudah ditanam tanpa perlu penyelenggaran yang sukar, malahan tahan pencemaran.

Pemandanan di bandaraya Seoul dipenuhi dengan pokoh gingko.

Kekacang dalam buahnya yang dituai ketika musim luruh dikatakan baik untuk perkembangan minda serta pengedaran darah.

Selain itu, warna daunnya juga begitu menakjubkan apabila berubah dari hijau ke kuning hingga menarik perhatian ramai untuk merakam suasana indah itu.

Kebiasaannya, tempoh dua bulan semasa musim luruh, pihak berkuasa tempatan akan dihujani dengan aduan susulan bau yang dihasilkan pokok yang boleh mencecah antara 20 hingga 35 meter tinggi itu. Bagaimanapun di China, ketinggian pokok gingko adanya mencapai lebih 50 meter.

Buah yang dihasilkan akan jatuh sebelum sempat dituai hingga menyebabkan ia dipijak pejalan kaki sekali gus mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Buah gingko yang matang biasanya akan luruh dengan mudah ketika daunnya berubah kekuningan.

Susulan itu juga, penduduk di sekitar Goyang, wilayah Gyeonggi di Korea telah melakukan sesuatu untuk menangani masalah itu.

"Cubaan memasang jaring pada batang pokok gingko di beberapa kawasan terpilih telah menghasilkan maklum balas positif dalam kalangan penduduk," katanya.

Kaedah ini membolehkan kutipan kekacang gingko dilakukan sebelum ianya luruh dan ianya akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi penanaman pokok itu.

Pemasangan jaring itu dapat mengelak kekacang gingko jatuh di laluan pejalan kaki dan tidak perlu lagi menggoncang pokok itu untuk mendapatkan buah berkenaan.

Buah gingko yang mengandungi kacang di dalamnya turut digunakan untuk pelbagai jenis masakan.

Pokok gingko memang kelihatan di mana-mana sekitar Korea, malahan di Seoul sahaja mencecah 114,000 tumbuhan itu iaitu satu pertiga daripada keseluruhan pokok yang ditaham di bandar berkenaan.

Ketahui khasiat terkandung dalam pokok gingko:

1. Minda
Gingko sering dianggap sebagai perangsang minda di mana ia dikatakan berkesan untuk merawat dementia atau nyanyuk dalam kalangan warga tua.
Saintis berpendapat, gingko dapat mengembangkan saluran darah sekaligus membantu pengaliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. 

Bahan utama dalam gingko seperti flavanoid dan terpenoid adalah agen penting yang dapat menghalang kerosakan sel otak yang menyebabkan penyakit Alzhaimer serta penyakit lain berkaitan otak.

2. Membaiki pengaliran darah

Oleh kerana dipercayai gingko boleh memperbaiki aliran darah, kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. 

Analisa daripada lapan kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko cenderung untuk berjalan kira-kira 34 meter lebih jauh daripada mereka yang mengambil penawar. Bagaimanapun, senaman dan latihan berjalan menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada gingko dalam meningkatkan jarak berjalan kaki.

                                                      Daun gingko yang segar dengan warna kehijauan penuh dengan pelbagai khasiat.
3. Mata

Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata. Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. 

Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini. Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baru bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.

4. Sakit kepala dan migrain
Menurut ilmu perubatan Cina purba, gingko adalah bahan popular untuk merawat sakit kepala dan migrain. Ini kerana gingko mempunyai kesan anti radang dan antioksida.

Malahan, ia dikatakan berkesan untuk sesiapa yang mengalami sakit kepala disebabkan stres melampau kerana puncanya adalah pengaliran darah yang tidak lancar.
Gingko berkemampuan mengembangkan saluran darah yang tersekat, sekali gus mengurangkan sakit kepala anda. 

5. Merawat penyakit asma

Beberapa kajian mendapati gingko mampu merawat simpton penyakit asma dan kesukaran bernafas.
Tumbuhan yang mempunyai bahan anti radang ini dapat mengurangkan keradangan saluran darah dan meningkatkan kapasiti jantung.

Kajian ke atas 75 pesakit dinilai menggunakan gingko yang diekstrak bersama glucocorticosteroid untuk merawat simptom pesakit asma mendapati tahap keradangan dalam air liur peserta yang mengambil gingko lebih rendah berbanding mereka yang hanya menerima ubat tradisional.


gingko, Korea, antioksidan, darah

Artikel Lain